August 13, 2011

Kerana Perjuanganmu Belum Selesai.. T__T

sedih pula bila tengok video ucapan Tun Dr Mahathir Mohammad 'Melayu Mudah Lupa'.. is bukan nak berpolitik.. cuma is akui bait-bait kata dalam sajak tun.. memang melayu mudah lupa.. kan??


'I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.'



~ MELAYU MUDAH LUPA ~
(Tun Dr Mahathir Mohammad 2001)


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
 Dulu bangsanya hina 
 Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
 Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
 Ingatlah 
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...




notakaki: Kita sering persoalkan apakah yang pemimpin sudah lakukan untuk negara tapi fikir dan renung semula apa pengorbanan yang kita dah buat untuk negara.. 



6 comments:

Jajas said...

memang melayu ni mudah lupa...kena selalu diingatkan...

iSmaZuRina said...

jadi.. janganlah jadi melayu yang mudah lupa.. lupa diri.. lupa jasa orang lain terutama ibubapa.. :)

Fuza said...

Mari kita jadikan slogan melayu mudah lupa tu sebagai satu semangat untuk kita bagun dr mimpi.. buktikan yg melayu adalah bangsa yang hebat... jgn jadikan slogan tu sesuatu yg melemahkan semgt kita.. tp jadikan ia cabaran... :-)

iSmaZuRina said...

ye.. betol tu.. penuh semangat pulak si rama-rama ni.. haha.. :)

Fuza said...

hahaha.. semngat nak merdeka.. memperjuangkan hak melayu... :-)

shinobi_haziq said...

sejarah tu penting....!!
sedeyh btol aq tngok melayu2 sekarang nie yg rmai dah lupakan sejarah & ulang kembali kesilapan yang lalu...