August 05, 2011

Peristiwa masa kecil yang masih dalam memori?

selepas mak melahirkan aku di dunia ni.. aku menetap di sebuah FELDA di negeri sembilan.. selama 15 tahun lamanya aku jadi penduduk tetap di situ... selepas tu aku menjadi penduduk nomad.. berpindah randah dari muar ke pulau pinang.. dan sekarang ni di kuala lumpur.. family tak ikut sama.. mereka masih di situ.. hehehe.. aku je yang menjadi penduduk nomad kerana belajar..
ada ke orang yang boleh ingat lagi peristiwa yang berlaku masa umur dia setahun, 2 tahun, 3,4,5 tahun.. kalau ada pun masih ada bayang-bayang je peristiwa yang dah berlaku kan?? aku masih ingat aku teman mak sidai baju kat beranda rumah.. masa tu aku rasa umur 4/5 tahun.. masih ingat macam mana rupa rumah lama.. sebelum diubahsuai.. mandi kat bilik air.. masa tu bilik air kat luar.. beratapkan langit.. berdindingkan zink.. :) ingat macam mana tolong emak kepit along nak bagi dia makan ubat.. hehehe..

masa ni kat rumah maklang rasanya.. aku yang baby tu.. comel tak??

apa lagi ye? budak-budak banyak main jela dulu kan?? seksi je.. kadang-kadang baju pun tak pakai... main tengah-tengah panas.. hitam legam weh.. hehehe... 


notakaki: okay.. cukuplah.. nanti aku story lagi pasal aku... kena korek balik album dulu-dulu.. and kena scan gambar.. hrmm.. mana la nak cari ye??



No comments: