tazkirah malam ke 15
tajuk: Bangun malam
Dari Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda
'Barangsiapa yang bangun(untuk beribadah) pada malam-malam ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan baginya dosa yang lalu.'
HR Imam Bukhari
seperti yang semua sedia maklum ada satu malam yang istimewa di bulan ramadhan iaitu malam al-Qadar(Lailatul Qadar).. malam yang dijanjikan kalau kita beramal pada malam tersebut mendapat ganjaran seperti amalan seribu bulan.. subhanAllah.. mesti tak nak terlepas kan dapat malam ni.. :)
Dari saidatina Aisyah r.a, Sabda Rasulullah lagi:
'Carilah lailatul qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.'
HR Imam Bukhari dan Muslim
notabadan: jadi.. alangkah sia-sianya kalau kita terlepas mendapatkan malam lailatul qadar ni.. dan ruginya kita kalau kita berjaya sampai kepada ramadhan tapi kita keluar dari bulan ramadhan ni tanpa mendapat apa-apa pun selain berpuasa.. :)
tazkirah malam ke 16:
tajuk: Ihsan
apa itu ihsan? tanya budak sekolah mesti terer je bagi jawapan.. sebab masuk dalam silibus pembelajaran pendidikan islam.. kan? bila dah besar lupa apa maksud ihsan.. tak pelah saling ingat mengingatkan.. :)
surah al asr'
'Demi masa. sesungguhya manusia kerugian. kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.'
okay.. is tak berapa ingat lah isi kandungan semalam.. hehehe.. otak dok pikir benda lain.. lebih kurang macam ni lah..
dalam bulan ramadhan ni kita digalakkan beramal kan?? masing-masing ada matlamat.. ada yang mengharapkan keampunan Allah, ada yang mengharapkan rahmat, dan ada juga yang mengharapkan pahala. tapi kita kadang-kadang lupa bahawa apa amal yang kita lakukan tu sepatutnya ikhlas dan khusyuk.. itulah pengertian ihsan.. iaitu melakukan sesuatu sesuatu ibadah itu dengan khusyuk dan ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukan.. contohnya, pergi solat terawih sebab kawan bilik pun pergi atau satu family pergi.. salah tu ye.. :) kalau kita ikhlas kerana Allah, maka ganjaran Allah itu akan datang bergolek sendiri.. macam kalau kita menderma, tolong mak ayah.. kalau susah sangat pun senyum je pada orang yang kita jumpa.. senyum tu kan sedekah.. :)
'barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu'
HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah
notakaki: jadi apalagi yang kawan-kawan tunggu.. ikhlaskan amalan yang kita buat.. semoga kita sama-sama beroleh ganjaran Allah s.w.t. maaf kalau ada salah.. sila betulkan ye.. :)
No comments:
Post a Comment