August 07, 2011

ini untuk perempuan je lah!!

mulai entri ni aku akan bahasakan diri is.. walaupun sedikit geli-geli.. tetapi untuk lebih sopan pada yang membaca.. geli pun tak apa lah kan?? rosatikah harap anda tidak geli untuk membaca entri-entri is lagi lepas ni... :P okay.. lupakan hal itu..
hujung minggu baru-baru ni is balik kampung... mak dah berapa kali telefon suruh balik kampung berbuka puasa dengan family.. huhuhu... jadi is pun ikutlah cakap bonda is... hehehe.. hari jumaat lepas feedback session dengan Dr. Ixora, is pun bergeraklah ke komuter bandar tasik selatan.. biasalah.. dah agak dah.. masa is keluar tu pun dah pukul 4.. semestinya komuter tu padat dan mampat dengan umat manusia. mostly bawa beg, mungkin nak balik kampung juga la agaknya.. 
masa nak beli tiket tu, ada dua orang lelaki bangsa asing beratur depan is.. bila sampai dekat kaunter, dia bagi duit RM50 nak beli dua tiket.. yang cik menjual tiket tu buat tak tahu je.. dia ada kata mula-mula nak duit kecil juga.. dah mereka tak ada duit kecil.. apalah cik ni.. tak kan nak tunggu duit jatuh dari langit pula.. so.. lama lah juga is beratur.. belakang is pun ada seorang lelaki juga berbangsa asing.. i heard he said 'such a waste of time'... is pun agak marah dekat cik yang jual tiket tu.. dia tak perasan ke banyak nya manusia yang dah beratur masa tu nak beli tiket.. last-last dapat juga mamat-mamat depan is tu tiket.. sampai kat turn is.. is bagi duit cukup-cukup.. dengan harapan dia buat kerja cepat.. yelah.. kalau terlepas train.. mahu menunggu lagi sejam baru dapat train lagi satu tau! tapi harapan tu meleset.. cik tu boleh pulak main-main dengan tiket-tiket tu..  is kata terima kasih.. dia senyum pun tak.. haish.. taulah bulan puasa.. kot ye pun dah lapar.. senyum la.. nampak lagi cantik tau!!
tapi alhamdulillah.. is turun je kat platform tu.. train terus sampai.. cepat-cepat is lari ke koc wanita... hehehe.. serius... kat dalam tu pun dah ramai.. memang bersesak-sesak lah nak masuk tu.. tengah beratur nak masuk.. ada seorang lelaki indonesia ni dari koc sebelah, tiba-tiba dia potong queue depan is.. nak masuk KOC WANITA... ish.. dengan hati yang tengah hot, is pun sound mamat tu direct.. 'ni untuk perempuan je lah'.. first time tau is cakap macam tu.. padahal sebelum-sebelum ni tak berani pun.. banyak kali je nampak lelaki masuk koc wanita ni.. tapi hari tu berani pula... terus mamat tu masuk je koc yang sepatutnya dia masuk tadi... nasib baik dia faham bahasa.. ada tu kena tegur boleh pula buat muka tak bersalah... entah apa dia borak dengan kawan dia.. 'lantaklah kome... yang penting teman tak nampak muka kome..'

gambar ni bukan is yang ambil.. is google je.. hehe.. tq ye owner..

kalau perasan.. bukan ktm je.. ada juga bas yang memang untuk perempuan sahaja... ada pro and cons nya benda ni... pro nya.. dapat elakkan gangguan seksual terhadap wanita.. kawan is sendiri pernah kena gangguan seksual dalam bas.. memang dia trauma nak naik bas tu dah.. tapi cons nya.. kesian pula dekat lelaki yang baik tak ada niat apa-apa.. penat-penat mereka tunggu sejam bas datang alih-alih bas untuk perempuan je... kena tunggu bas yang lain pula..



notakaki: apa-apapun is suka ada koc wanita untuk ktm.. is rasa lebih selamat dan lebih selesa nak naik ktm walau sesak macam mana sekalipun... terima kasih ktm.. :)



5 comments:

rosatikahahmad said...

uwekkk..
=p
agak geli mula2 membaca nye is..
hahaha..

smlm..aku pun naik koc wanita g midvalley..
ada suami isteri nak masuk koc wanita..yg lelaki tu dukung anak..
then dia ckp..''ada anak,,boleh masuk sini ehh..''
kitorg consider la walaupun kt dlm tu dh mcm sardin..
=)

iSmaZuRina said...

hmm.. since dia dah dukung anak.. kesian juga kan? tula.. tapi since dah dukung anak and ada bini kat sebelah tak kan dia nak buat perangai aneh-aneh.. hehehe..

don_apis said...

terpaksa thn semata2 nak baca sampai bais nih..

bgs la Is..da namanya koc wanita..wanita je la leh masuk..berani ko sound mamat tu..good job..thumb up 4 u..

iSmaZuRina said...

hmm.. aku da fikir kalau dia nak masuk jugak, aku nak piat2 telinga dia..

don_apis said...

haha..nasib baik dia x masuk..