August 19, 2011

Merdeka?

sedang penuh asyik dalam bulan ramadhan.. is terlupa yang is juga berada dalam bulan kemerdekaan.. is orang islam.. is sayang agama is.. is juga sayangkan negara is.. negara Malaysia.. tak tahulah kalau is je yang rasa tapi is pasti ramai di luar sana juga sedar Malaysia sekarang tidak seperti dahulu.. sambutan kemerdekaan dulu cukup terasa sehingga ke benak jiwa.. terasa pengorbanan pendekar tanah air memperjuangkan negara.. kini, kenapa isu kemerdekaan itu dijadikan isu politik.. aneh sungguh pemimpin-pemimpin tanah air masa kini... bukan sahaja dari pembangkang malah dari pihak kerajaan juga begitu.. malas nak cerita banyak lah politik ni.. boring.. boleh sakit jiwa.. yang penting kawan-kawan yang dah berumur 21 tahun tu silalah mendaftar.. ye?? jangan culas.. tak kisahlah siapa pun yang anda nak pilih jadi pemimpin anda.. bagi yang beragama islam.. anda mesti tahu macam mana nak pilih pemimpin kan.. kalau tak tahu.. boleh click sini.. kawan-kawan nilai lah sendiri.. siapa yang benar dan siapa yang salah.. :) jangan salah menilai dengan mata kasar.. mohonlah petunjuk Allah.. :)


'selamat menyambut hari kemerdekaan negaraku, tanah tumpah darahku, tempat aku membesar..
terima kasih tak terhingga kepada Allah, kepada pejuang tanah air.. kerana aku masih mampu bernafas aman di bumi Allah.. Malaysia..
aku masih bisa menjamah apa saja yang yang aku inginkan..
aku bisa mempelajari ilmu Allah tanpa perlu khuatir ledakan bom seperti sebahagian sahabat-sahabat seagama ku di luar sana..*lindungi mereka Ya Allah..
aku masih bisa melihat dan berjumpa keluarga, saudara, kawan dengan senang lenang tanpa perlu risau tembakan senapang dan meriam..
tanpa perlu risau hak diriku sebagai seorang wanita dicabuli sewenangnya..
Ya Allah.. mewah sungguh rezeki yang Kau beri padaku..
syukur Alhamdulillah..' -ismaZurina @19/8/2011, 2319 G.M.T+8.00

Selamat Hari Kemerdekaan..


notakaki: merdekakah kita? jangan kerap mengeluh dengan apa yang kita tak punya tapi bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada.. :)



2 comments:

Ungu Violet said...

syukur kita masih boleh hidup aman di bumi yg brtuah ini..

slmat hari merdeka..:)

Unknown said...

selamat hari merdeka