August 28, 2011

Dan jika..

Jika aku rindu, ingin sekali aku bersama kamu saat itu..
Jika cintamu milikku, aku ingin kau tahu kau sentiasa diingatanku..
Jika hatiku sayu, ingin aku mendengar suara mu memujuk aku..
Jika mindaku sebu, ingin aku dengar alunan lagu yang kau cipta buatku..
Jika pincang langkah kakiku, aku ingin kau pimpin aku..
Jika aku terjatuh, aku ingin kau jadi sandaran ku..
Jika ada kesempatan itu buatku, ingin aku bina mahligai bersamamu..
Jika aku punya waktu, ingin aku menemanimu selalu..
Dan jika aku pergi dahulu, aku ingin kau tahu bahawa aku tidak pernah melupakan kamu..
hati itu sentiasa ada namamu.. bibir itu sentiasa menyebut tentang diri kamu..
mata itu hanya melihat kamu..
jangan tangisi pemergianku... 
kerna ku hanya ingin kau bahagia selalu..
(isma zurina @ 11.08pm GMT+8.00)




notakaki: rindu someone.. T_T


2 comments:

Unknown said...

wiwit..jika..jika :D

rosatikahahmad said...

i'm here..!
jgn rindu2 aku..
haha
perasan gller