August 14, 2011

Sampaikanlah walau hanya satu ayat.. :)

hmm.. walaupun bagi sesetengah orang topik ini bosan *bosan ke?.. yelah.. kalau gosip lagi best kan? bulan ramadhan ni elok-eloklah kurangkan mengumpat mengata ye.. is nak share juga apa yang is dapat masa pergi terawih.. terawih kat tempat is lepas baca doa after 4 rakaat pertama terawih tu ada tazkirah ringkas.. so is share kat sini lah ye.. :) *baiknya is :P..


malam ke 14 (malam semalam bukan malam ni ye kawan-kawan)
tajuk: kita masih lagi dalam ramadan*buat tajuk sendiri sebenarnya!

'banyak para ulama' berkata dalam bulan ramadan ni awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah(keampunan), dan yang akhir adalah pembebasan dari azab neraka..'

walaupun hadis ini ada yang meraguinya kerana sanadnya.. tapi tak salah kalau kita nak ikut pun.. jadi kita akan beribadat sepanjang di bulan ramadan tu.. *tapi janganlah bulan ramadan je baik, masuk bulan lain dah tumbuh tanduk balik..

'Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang lalu'
HR Bukhari dan Muslim

kalau kita tak gunakan bulan Ramadhan ni, bulan di mana Allah menjanjikan keampunan buat kita, alangkah sia-sia dan ruginya kita.. bukan ada syaitan*syaitan masuk penjara jap! pun nak hasut kita buat jahat.. semua terpulang pada kita sendiri.. pahala berganda-ganda lagi... berbaloi-baloi!! :)

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat'
HR Ahmad, Bukhari dan Tarmidzi


notakaki: esok is sambung input malam ke 15 ye.. insyaAllah.. jadi renung-renungkan dan selamat beramal.. :)



No comments: