Bila semua orang bercakap tentang raya.. is mula la nak merapu pasal benda lain.. boleh??? Hari ni kita cerita pasal tongue twister.. dalam istilah melayu nya pembelit lidah*betul ke?? -.-'
cuba sebut ayat-ayat kat bawah ni laju-laju tanpa terpening lidah tu nak sebut... boleh tak?? kalau boleh.. nak bagi duit raya kat orang tu.. hehehe.. gurau je..
1.
Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?
2.
Should Thom Wright decide to write, then Wright might write right rite, which Wright has a right to copyright. Copying that rite would copy Wright's right rite, and thus violate copyright, so Wright would have the legal right to right the wrong. Right?
so.. macam mana.. berjaya tak sebut laju-laju.. lidah masih ok kan??? nanti esok tak pasal-pasal tak boleh nak makan rendang, ketupat, lemang.. bla bla bla.. :P
hai semua.. is kat kampung sekarang ni.. :) macam mana persiapan raya?? is balik buat 2 kuih je.. kek batik dengan cornflake madu.. huhu.. tapi kek batik dah habis dah.. kena buat balik la jawabnya.. hahaha... :D
sedih kan ramadhan dah nak habis.. :( hari ni is rasa dugaan besar sangat... dah dekat 2 minggu is ada tonsilitis.. ala.. tonsil yang bengkak tu... dah makan antibiotik tapi masih belum baik lagi... sakit sangat tekak.. terutama bila nak telan.. kat negeri sembilan ni panas sangat... huhu.. syukurlah kurang sikit 2,3 hari ni.. tapi hari ni panas juga... bila dah petang tu.. tekak pun dah kering sangat.. nak telan air liur pun perit sangat... Allah... sabar je.. bertahan!! sebab tak nak lah berbuka puasa... ingat nak makan ubat tahan sakit dah tadi... tapi syukur masih mampu bertahan sampai berbuka.. :)
ni la antibiotik nye.. erythromycin...
huwaaa... kamu semua!!! antibiotik ni sangat lah tak sedap!!!!* mana ada ubat yang sedap kan -.-' gambar ni ambil dari cik google je... huhu.. tinggal ada beberapa hari kena habiskan antibiotik ni.. tapi masih tak baik lagi...
sikit nasihat untuk yang ada tonsilitis:
minum air suam dengan banyak
kena dapat rehat yang cukup
makan lozenges contohnya macam strepsil *brand lain pun boleh
kalau sakit tekak.. makan lah panadol.. kadang-kadang orang ingat panadol untuk ubat demam je.. sila la faham panadol juga hebat untuk mengurangkan segala kesakitan..
notakaki: dugaan nya lah puasa tahun ni... hihi.. :) sori is lama tak update blog.. malam ni is nak jenguk-jenguk mereka yang follow, komen and meninggalkan link kat blog is... :)
aish.. macam dah tak aktif pula blog ni.. bukan apa malas nak tulis entri, malas nak blogwalking, malas nak komen-komen entri follower.. :) maaf.. is busy sikit.. busy ke?? hehehe.. nanti is cuti is komen okay.. siap sedia dengan komen-komen membina, meng'condemn', menyemak dari is ye..
is nak balik kampung esok... weeehoooo... nak balik masak kuih raya.. nak masak kek batik, cornflake madu... siaplah... nanti is post gambar kat blog ye.. :D korang mampu tengok aje.. kalau nak, masak sendiri..:P
untunglah dapat Prof yang comel macam Prof Halim.. :) macam faham-faham je hati, jiwa dan perasaan ni dah kat kampung...
Prof: kamu kampung mana?
kami: n9, Pahang, Terengganu..
Prof: bila nak balik raya
is: secepat mungkin Prof.. :D
Prof: Dah beli tiket
kami: dah, *is tak beli balik naik komuter.. :P
Prof: alah.. dah beli ke.. kalau tak boleh balik awal kan?? minggu ni ada satu kelas je.. esok teaching student 3rd year, khamis saya ada meeting.. minggu depan saya tak ada.. 5,6 hb saya pergi kelantan.. call me on 7th lah.. boleh kamu semua extend cuti lama sikit
is: i sayang u lebih lah prof(cakap dalam hati je ok!!).. *mereka.. dah beli tiket balik sini lah prof.. beli sebulan lepas lagi..
Prof: yelah.. u tak expect.. ingat prof halim ni garang ye tak.. *hahahaha.. prof sangat comel
cuti lama wei... dekat 2 minggu... :)
is balik dulu.. mungkin ada yang balik lagi awal dari is.. lantaklah.. tak kisah.. mahu balik... !!!! yang tak balik lagi.. jangan jeles.. nanti sampai juga turn korang balik...
selamat hari raya semua... !!! maaf zahir batin.. sayang semua.. >.<
assalamualaikum... meh sini.. is nak bagitau news penting... is dapat komen dari anonymous*apalah yang pelik sangat.. komen je pun.. :P
ni komennya.. :)
klik gambar untuk besarkan
at first masa baca.. COPY MY BLOG??? what the... is dah lah memang tak suka copycat ni.. tak pe.. sabor.. sabor.. marah-marah pun masih waras.. kenapa orang ni anonymous kan?? is takde lah terus klik link yang dia bagi.. kita kena buat edisi siasat dulu!!! hahaha...
jadi is pun guna la khidmat cik google... search nama website dia tu.. teng teng teng!!!
klik gambar untuk besarkan..
tengok tu!!.. link tu banyak berkait dengan sesuatu yang porno je!!.. :P eee.. jijik lah!!. bulan-bulan ramadhan ni pun ada orang sanggup buat kerja macam ni... mungkin lah virus yang hantar.. so what?? kalau tak ada manusia tak adalah virus.. apa pun dia mesti datang dari human being dulu..
notakaki: jangan cepat sangat percaya link-link yang orang bagi kat comment ke.. kat blog ke.. kat shoutmix.. bla bla bla.. siasat dulu k?? pastu hantor je mereka ni ke spam!! sekian..
when i look back on my past days..
i regretted what i have become now..
that i have lost so many things as a result of my own mistakes..
looking at those happy smiles as compared to mine..
i can not denied that deep down in my heart i envied them..
not in the sense that i was not happy that they are
it was just that i was not as happy as they are
i wish to be happy like them..
i wish to smile like them..
i wish that i could be like them..
yes, i am not too late to repent..
neither too late to correct the mistakes that i've made..
Oh Allah.. alhamdulillah for all the guidance that You've shown me..
thank you for the mercy You've gave me..
i'll never got back what i'd lost
but i'll make sure i'll gain more from what was lost..
(ismazurina@5.48am GMT+8.00)
footnote: syukur, i am still in Ramadhan.. it's coming to en end.. and it makes me feels so sad that i have to leave it soon.. will i be able to see and to be in the next Ramadhan?? Only Allah knows.. i'll pray hard for it..
tak lama lagi dah nak berbuka.. :) sementara tunggu berbuka buat entri satu.. hahaha :D
kalau jalan-jalan is suka singgah masuk kedai cenderamata.. yang biasa masuk tu mestilah kedai yang fix price.. macam one item RM5.. Hinode shop.. kedai dia belang-belang kuning and hijau.. is siap ada member card lagi.. hehehe.. selalunya kalau masuk tak beli apa pun.. suka tengok-tengok je..
tapi is mesti nak beli aromaterapi ni kalau dah habis stock. :)
ni kat atas meja study is.. tu tengah bakar.. wangi je bilik.. :) so relaxing.. :)
ada 4hr candle, tempat nak bakar and also the fragrance oil
is suka beli rose bud je.. dah try yang lain.. tak serasi dengan jiwa is.. hehehe.. murah and tahan lama compare dengan other pewangi bilik.. hanya rm15.. is suka beli kat hinode shop sebab fragrance oil dia 15ml.. other kedai 10ml je.. wahaha.. kedekut punya orang.. :P
aromatherapy ni sesuai nak pasang kalau nak tidur, kalau stress, kalau lepas jogging/bersenam.. ikut sukalah nak pasang bila.. tapi takdelah pasang 24hours.. hehehe.. :)
notakaki: oops lupa.. candle 4hr tu xdela satu je RM5.. candle tu dalam kotak.. satu kotak ada 16 candle.. so, 64hours la in total kalau bakar.. :)
sedang penuh asyik dalam bulan ramadhan.. is terlupa yang is juga berada dalam bulan kemerdekaan.. is orang islam.. is sayang agama is.. is juga sayangkan negara is.. negara Malaysia.. tak tahulah kalau is je yang rasa tapi is pasti ramai di luar sana juga sedar Malaysia sekarang tidak seperti dahulu.. sambutan kemerdekaan dulu cukup terasa sehingga ke benak jiwa.. terasa pengorbanan pendekar tanah air memperjuangkan negara.. kini, kenapa isu kemerdekaan itu dijadikan isu politik.. aneh sungguh pemimpin-pemimpin tanah air masa kini... bukan sahaja dari pembangkang malah dari pihak kerajaan juga begitu.. malas nak cerita banyak lah politik ni.. boring.. boleh sakit jiwa.. yang penting kawan-kawan yang dah berumur 21 tahun tu silalah mendaftar.. ye?? jangan culas.. tak kisahlah siapa pun yang anda nak pilih jadi pemimpin anda.. bagi yang beragama islam.. anda mesti tahu macam mana nak pilih pemimpin kan.. kalau tak tahu.. boleh click sini.. kawan-kawan nilai lah sendiri.. siapa yang benar dan siapa yang salah.. :) jangan salah menilai dengan mata kasar.. mohonlah petunjuk Allah.. :)
'selamat menyambut hari kemerdekaan negaraku, tanah tumpah darahku, tempat aku membesar.. terima kasih tak terhingga kepada Allah, kepada pejuang tanah air.. kerana aku masih mampu bernafas aman di bumi Allah.. Malaysia.. aku masih bisa menjamah apa saja yang yang aku inginkan.. aku bisa mempelajari ilmu Allah tanpa perlu khuatir ledakan bom seperti sebahagian sahabat-sahabat seagama ku di luar sana..*lindungi mereka Ya Allah.. aku masih bisa melihat dan berjumpa keluarga, saudara, kawan dengan senang lenang tanpa perlu risau tembakan senapang dan meriam.. tanpa perlu risau hak diriku sebagai seorang wanita dicabuli sewenangnya.. Ya Allah.. mewah sungguh rezeki yang Kau beri padaku.. syukur Alhamdulillah..' -ismaZurina @19/8/2011, 2319 G.M.T+8.00
Selamat Hari Kemerdekaan..
notakaki: merdekakah kita? jangan kerap mengeluh dengan apa yang kita tak punya tapi bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada.. :)
wah.... i am sori, emak masak kari, adik goyang kaki.. opps.. terlebih sudah.. sorry is semalam tak online kerana kesengalan sendiri salah password wifi.. :P sempena hari jumaat yang indah lagi comel ni... is nak bagi award lagi.. boleh ke?? hadiah ni untuk cik rossa.. dia mahu hadiah.. jadi is bagi ajalah.. :D
terimalah adiah yang tak seberapa yang kekurangan idea.. muahahaha... ini link blog cik rossa ni.. sila lah click sini
notakaki: errr... takde idea la nak tulis apa kat notakaki hari ni... hehehe.. :)
kalau blogwalking is selalu jumpa orang cakap pasal doodle.. apakah itu? comel-comel betul doodle yang mereka lukis.. :D jadi is search lah dalam internet.. doodle means drawing with the absent mind.. :)
is pun try2 la melukis.. wahahaha... maaf is memang tak berseni... :P takpelah.. ni doodle pertama is.. :)
makhluk macam telur.. teringat kartun mama and papa yokies.. :) hahahaha... ni boleh consider doodle ke?? hahaha.. buruk bebenor.. :P
notakaki: tak adalah absent minded sangat masa lukis ni... :P
is dapat email ni dari ismayanti a.k.a along is pada 25 Disember 2008.. mungkin dah ada lah kot orang yang post kat mana-mana blog... lama sangat dah ni.. hehehe.. tapi nak kongsi juga lah.. email tu pun forward-forward je.. :) is tak copy mana-mana blog.. click sini kalau rasa entri ni is copycat blog kamu ye.. :)
nak baca boleh.. kalau tak nak pun is tak paksa.. :) tapi tiap kali is baca mesti is tergelak sorang2.. muahaha.. :D
Email itu:-
Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.
Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.
Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.
Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…
Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda. *yang ni is paling tak tahan nak gelak.. kikiki :D
what do you expect?? tak kan lah is nak letak gambar orang tengah kentut pulak.. LOL
notakaki: entri ni untuk happy-happy je.. nothing serious ok? :)
i went to one of my super Prof's house for berbuka puasa yesterday in Putrajaya and also perform Tarawih's prayer there.. we arrived at his house around 6.45pm and had a very beneficial talk from him.. the journey of his life before he became one of the most respective Professor here in the hospital i am currently studying. I inspired the convincing way of his talk. His english was extremely pleasant to hear.. :)
'every cloud has a silver lining'
which means there is some benefit from every bad things that happened.. often, in our life we will encounter some difficulties and along the journey to achieved what we've aimed for, there will be some deviation along the way.. but if we keep on putting faith in it, sooner or later we will get to it.. every deviation that we've going through, we will find ourself crying, we will never forget the tears that we shed.. but, apart from it, we also find ourselves laughing and enjoying every moment that we've had.. we will find the reason of why Allah delayed us from getting what we want...
footnote: i thank you prof, his wife, his sister and their beautiful kids for the very pleasant ceremony and very very very delicious foods and cuisine.. i also got some recipe from your sister.. i'm going to try it soon.. :)
maaf semua.. baru dapat jengah blog.. hari ni is busy sikit.. mata pun dah ngantuk.. terima kasih semua yang follow is and yang menjejakkan jari jemari anda ke blog is yang tak seberapa handsome ni..*tau takpeT.T..
InsyaAllah esok is follow and menjejak kan jari jemari is ke blog anda semua ye!! sabor-sabor.. bulan ramadhan ni kena banyak bersabor.. muahaha.. :D
notakaki: setelah penat seharian.. rehatkan mata sekejap tengok alam ciptaan Allah s.w.t and bersyukur.. subhanAllah.. cantik kan???
salam semua.. semalam is terlupa nak post entri yang is janjikan.. ampun.. :) *sambung entri sebelum ni sini-sini! so is combine je la tazkirah malam ke 15 and 16.. ok kan? :)
tazkirah malam ke 15 tajuk: Bangun malam
Dari Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda
'Barangsiapa yang bangun(untuk beribadah) pada malam-malam ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan baginya dosa yang lalu.'
HR Imam Bukhari
seperti yang semua sedia maklum ada satu malam yang istimewa di bulan ramadhan iaitu malam al-Qadar(Lailatul Qadar).. malam yang dijanjikan kalau kita beramal pada malam tersebut mendapat ganjaran seperti amalan seribu bulan.. subhanAllah.. mesti tak nak terlepas kan dapat malam ni.. :)
Dari saidatina Aisyah r.a, Sabda Rasulullah lagi:
'Carilah lailatul qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.'
HR Imam Bukhari dan Muslim
notabadan: jadi.. alangkah sia-sianya kalau kita terlepas mendapatkan malam lailatul qadar ni.. dan ruginya kita kalau kita berjaya sampai kepada ramadhan tapi kita keluar dari bulan ramadhan ni tanpa mendapat apa-apa pun selain berpuasa.. :)
tazkirah malam ke 16: tajuk: Ihsan
apa itu ihsan? tanya budak sekolah mesti terer je bagi jawapan.. sebab masuk dalam silibus pembelajaran pendidikan islam.. kan? bila dah besar lupa apa maksud ihsan.. tak pelah saling ingat mengingatkan.. :)
surah al asr'
'Demi masa. sesungguhya manusia kerugian. kecuali orang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.'
okay.. is tak berapa ingat lah isi kandungan semalam.. hehehe.. otak dok pikir benda lain.. lebih kurang macam ni lah..
dalam bulan ramadhan ni kita digalakkan beramal kan?? masing-masing ada matlamat.. ada yang mengharapkan keampunan Allah, ada yang mengharapkan rahmat, dan ada juga yang mengharapkan pahala. tapi kita kadang-kadang lupa bahawa apa amal yang kita lakukan tu sepatutnya ikhlas dan khusyuk.. itulah pengertian ihsan.. iaitu melakukan sesuatu sesuatu ibadah itu dengan khusyuk dan ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukan.. contohnya, pergi solat terawih sebab kawan bilik pun pergi atau satu family pergi.. salah tu ye.. :) kalau kita ikhlas kerana Allah, maka ganjaran Allah itu akan datang bergolek sendiri.. macam kalau kita menderma, tolong mak ayah.. kalau susah sangat pun senyum je pada orang yang kita jumpa.. senyum tu kan sedekah.. :)
'barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu'
HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah
notakaki: jadi apalagi yang kawan-kawan tunggu.. ikhlaskan amalan yang kita buat.. semoga kita sama-sama beroleh ganjaran Allah s.w.t. maaf kalau ada salah.. sila betulkan ye.. :)
salam... hai hai hai.. bertemu lagi kita dalam rancangan mari bermurah hati... :) hehehehe.. hari ni is dengan murah hatinya nak bagi hadiah kat follower is.. dah jadi macam satu trend kan bagi hadiah kat follower yang follow no yang special? tak tahulah siapa yang mulakan dulu.. is harap dia tak marah lah is tiru idea dia.. :) thank you banyak-banyak ye... ^^
is sayang je semua.. siapa yang tak dapat jangan kecil hati ye.. :)
music please!!! teng teng teng..... * sila right click gambar nak bagi besar and cantik.. sebab kat blog is ada frame.. jadi tak brapa cantik.. ampun T_T..
Pretty #100 : miss cute.. namanya chaerien dengan blog bertajuk dream high fly high.. :) org sabah ba..
maaf lambat capture gambar kamu.. :)
dan awardyang cik isma bagi.. :)
harap suka dengan pemberian tak seberapa is ye miss cute... :)
kalau tak suka pun kena suka juga tau miss beautiful.. :) gurau je..
Pretty #123: jatuh kepada miss gorgeous.. cik rumaisa dengan blog bertajuk little khalifah of Allah.. :)
alahai comelnya gambar baby.. :) i like..
sudilah kiranya miss gorgeous terima hadiah is ye.. :)
untuk miss gorgeous.. :)
Dashing and Pretty #200: err.. nak bagi gelaran apa ni.. mr awesome and ms lovely la.. :) ada dua admin blog ni.. Mr Iskandar Adi and Miss hidayu.. dengan blog bertajuk Db' momo.. comel.. memang comel.. sebab is suka purple.. :P
adiah untuk mr awesome and miss lovely.. :)
mr awesome and miss lovely
kalau sudi jenguk-jenguk lah ke blog mereka.. :) tak salah pun kalau nak kawan ramai.. *berkawan biar berjuta-juta.. berkasih biarlah pada Yang Satu.. :)
notakaki: penatlah.. hahaha.. hadiah tak seberapa pun.. tapi is buat dengan hati yang ikhlas.. :) dengan niat nak buat kawan-kawan is happy.. :)
dah berapa hari ni is ada sinusitis.. huhu.. pagi ni sahur makan lah ubat.. ubat tu nama dia *pseudoephedrine/triplolidine.. lepas makan ubat ni is rasa drowsy sangat.. memang side effect dia drowsiness pun.. tapi gagahkan mata jugak tunggu subuh and solat.. lepas solat ingat nak tido tapi bila tengok handphone ada mesej dari bonda.. :) rupanya adik yang mesej tapi guna handphone emak :D
adik: kak lang dah bangun ke belum? adik tak sekolah sebab adik demam campak*pandai-pandai je buat diagnosis sendiri.. kenapa ya kak lang adik rasa gatal sangat kat tapak tangan dan tapak kaki? tak tahan adik rasa.. is: bangun dah.. alahai bukan dulu dah pernah kena demam campak *dalam hati fikir diagnosis lain tapi logik je boleh kena campak lebih sekali, gatal ek? nak tumbuh ruam lah tu.. makan ubat la.. pastu tido *kaklang pun ngantuk jugak ni adik oiii... :) adik: dah tumbuh ruam kat tapak tgn dan kaki tulah yang gatal sangat.. ubat kk *panadol kot and ubat tahan gatal dah makan tapi gatal jugak !!!... is: Hmm.. cacing dah keluar belum?? *wakakaka.. tipu di pagi hari.. nanti dah keluar cacing ruam tu tak gatal dah.. adik: apa maksud kaklang ~.~? adik dah rendam dalam air panas tau tapi tak hilang gatal jugak.... *sapa la bagi idea ni?? is: jangan rendam air panas.. biar je... tunggu je cacing tu keluar.. *wakakakaka.. masih mahu menipu adik: betul ke ada cacing kaklang?? ubat cacing tu macam mana? mak kata macam aiskrim.. *^_^ is: ^_^ *percaya rupanya.. yes! adik tertipu
ayah nak bawa adik pergi klinik pagi ni.. confirm dia cerita kat doc... doc mesti fikir.. apalah akak dia ni.. nama je amik medic.. ada ke patut kata cacing.. :P is suruh mak bagi adik makan piriton, chlorphreniramine.. sebab mak kata dia gatal and tak boleh tidur.. kesian.. tak pelah.. cepat sembuh ye adik!
ni lah muka budak yang kena tipu tu.. rasanya masa ni dia 2 tahun lebih.. :)
ni dia dah besar sikit! 5 tahun kot.. lupa la :P
sekarang dia dah darjah dua dah.. dah tak comel lagi macam dulu lagi.. huhu.. kurus kering.. berat tulang je.. hish.. makan pun memilih sangat dia ni.. :P
hmm.. walaupun bagi sesetengah orang topik ini bosan*bosan ke?.. yelah.. kalau gosip lagi best kan? bulan ramadhan ni elok-eloklah kurangkan mengumpat mengata ye.. is nak share juga apa yang is dapat masa pergi terawih.. terawih kat tempat is lepas baca doa after 4 rakaat pertama terawih tu ada tazkirah ringkas.. so is share kat sini lah ye.. :) *baiknya is :P..
malam ke 14 (malam semalam bukan malam ni ye kawan-kawan)
tajuk: kita masih lagi dalam ramadan*buat tajuk sendiri sebenarnya!
'banyak para ulama' berkata dalam bulan ramadan ni awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah(keampunan), dan yang akhir adalah pembebasan dari azab neraka..'
walaupun hadis ini ada yang meraguinya kerana sanadnya.. tapi tak salah kalau kita nak ikut pun.. jadi kita akan beribadat sepanjang di bulan ramadan tu.. *tapi janganlah bulan ramadan je baik, masuk bulan lain dah tumbuh tanduk balik..
'Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang lalu'
HR Bukhari dan Muslim
kalau kita tak gunakan bulan Ramadhan ni, bulan di mana Allah menjanjikan keampunan buat kita, alangkah sia-sia dan ruginya kita.. bukan ada syaitan*syaitan masuk penjara jap! pun nak hasut kita buat jahat.. semua terpulang pada kita sendiri.. pahala berganda-ganda lagi... berbaloi-baloi!! :)
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat'
HR Ahmad, Bukhari dan Tarmidzi
notakaki: esok is sambung input malam ke 15 ye.. insyaAllah.. jadi renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
untuk makluman semua is bukanlah jenis orang yang attached to someone so close like really close macam orang lain.. orang lain seronok cerita pasal kawan baik mereka.. kawan dah lama.. kongsi everything.. every moment in their life.. bila mereka sedih, bila happy.. buying same outfit.. even share dating.. make it a double date like they used to say..
bila flashback balik.. is tak pernah ada seorang kawan baik yang really understands me, and was there when needed and when not needed :P.. well, i do have bestfriend.. but when he/she dah jumpa mereka punya soulmate we seem to get detached from being bestfriend anymore.. we don't share stories like we used to.. and soon, we don't talk often anymore and in the end, kita dah tak kawan baik macam dulu lagi.. bukan is yang minta jadi macam tu.. it just happen that way.. :( and i don't blame anyone for that sebab is tak boleh lah nak demand and mengada-ngada nak perhatian lebih kan?
'Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.'
Imam Shafie
kawan dengan teddy bear la! > < '
notakaki: yes, currently i do have a lot of friends.. is kawan je dengan semua orang.. but not that close to the extend that is akan cerita every single thing to him/her.. mungkin is yang secretive sangat kot.. hehehe..
waaaa... berjaya juga is siapkan video bunny is.. :) jom layan.. ambil masa nak siapkan ni.. almaklumlah is tak pandai komputer-komputer ni tetttt... hehe
MY BUNNY ninini... :)
maaf... gambar tak cantik.. sebab terpaksa kecilkan saiz video... hehe
notakaki: ingat nak post sebelum berbuka tadi... tapi internet yang lambat.. penyudahnya post after terawih.. nantilah.. is dah kaya is beli tmnet.. bukan beli streamyx... nak internet tu is punya seorang.. boleh ke macam tu?? :D
sedih pula bila tengok video ucapan Tun Dr Mahathir Mohammad 'Melayu Mudah Lupa'.. is bukan nak berpolitik.. cuma is akui bait-bait kata dalam sajak tun.. memang melayu mudah lupa.. kan??
'I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.'
~ MELAYU MUDAH LUPA ~ (Tun Dr Mahathir Mohammad 2001)
Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai...
notakaki: Kita sering persoalkan apakah yang pemimpin sudah lakukan untuk negara tapi fikir dan renung semula apa pengorbanan yang kita dah buat untuk negara..
ramai antara kawan -kawan kalau perasan kat belah kiriblog ada widget ni.. tiba-tiba je boleh ada... hairan dan aneh... hahaha.. lepas tu tertanya-tanya macam mana nak buang widget ni?? ada orang suruh pi kat design template and search lawati my jodoh and delete.. try buat tapi tak jumpa.. ni ha gambar dia kalau tak faham...
cara nak buang mudah saja.. kawan-kawan hanya perlu remove satu gadget dalam blog kawan-kawan.. which is waktu solat... waktu solat ni dia connected dengan widget lawati my jodoh tu...
cuaca hari ni mendung.. tak taulah apa cerita kat bazar ramadan tu kan.. haha... dah hari ke 12 puasa ni, sekali pun tak pernah jejak kaki kat bazar ramadan tu.. malas nak bersesak-sesak.. *pemalas nak jalan kaki yang sebenarnya.. ternak lah lemak tu cik isma.. huhu..
sori lari dari topik.. jam-jam sekarang dalam otak tu mesti dok ligat fikir petang ni nak berbuka apa kan?? kalau sekarang ni is ada kat mana-mana jusco... is nak beli benda ni...
tadaaaa..... :D
TAKO TAO.. bukan takut tau!!
sekarang dah naik harga.. RM4.90/3balls
ada yang kata is ni suka makan benda pelik-pelik.. well.. ikut orang lah.. ada orang suka, ada orang tak suka.. :D tapi is suka..suka.. suka.. *tangan ke bahu, mata ke atas... haha..
notakaki: pesanan ringkas.. janganlah makan ikut nafsu sangat ye.. nanti tak habis... membazir... makan sederhana je.. 1/3 air, 1/3 makanan, 1/3 lagi untuk angin(pernafasan) seperti sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban..