July 22, 2011

sudah terang lagi bersuluh!!



waktu belajar sejarah dulu aku selalu tertanya-tanya.. zaman paleolitik, mesolitik and neolitik tu benar-benar wujudkah?? kalau wujud, bila pula nabi adam a.s diturunkan ke bumi? sebab waktu zaman batu dulu, manusia dikatakan tidak berpakaian, tinggal di dalam gua, tidak pandai berkata-kata.. bukankah di dalam al-quran ada menceritakan peristiwa nabi-nabi Allah sudah pandai berkomunikasi, mereka bentuk, belayar.. malah nabi adam a.s sudah bijak menyebut dan membezakan benda-benda yang ada di alam semesta.. maka itukah jenis manusia yang ada pada zaman paleolitik? bukankah setiap rasul dan nabi yang diutuskan Allah itu berperanan sebagai pendakwah memimpin kaum/puak/kelompok masyarakat yang berada pada zamannya.. bukankah rasul-rasul dan nabi Allah itu sudah pandai mengira, mengkaji bintang, berburu, menjahit pakaian seperti nabi idris.. katanya manusia di zaman paleolitik tidak berpakaian dan hanya berburu untuk mencari makanan.. sangat bertentangan dengan apa yang ada di dalam al-quran..
pernah juga aku tanyakan pada diri sendiri.. zaman dinasour tu bila pula? konon yang aku belajar sains dulu haiwan ni berevolusi.. malah Darwin mengatakan manusia itu adalah revolusi ape (monyet)..
video di bawah ini ada menerangkan segalanya... harap semua sedarlah... yang mana mitos, yang mana benar..
sesungguhnya al-Quran jugalah sebaik-baik kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia...


sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang ni.. apa kata kita semua meluangkan masa sedikit membaca al-quran dan tafsirnya sekali.. jangan biarkan hidup terus dalam mempercayai sesuatu yang batil...


notakaki: credit to the person who really put a lot of effort to make this video... :)

4 comments:

don_apis said...

Selamat beramal..

iSmaZuRina said...

selamat beramal juga..

don_apis said...

thanks you..

iSmaZuRina said...

welcome..