sedih hati bila terbaca di akhbar mahupun di laman-laman web dan blog, saudara muslimku bertelagah hanya kerana perhimpunan Bersih tempoh hari.. masing-masing menuding jari ke semua arah... tetapi pernahkah anda merenung sendiri, sempurnakah anda untuk melabelkan seseorang itu dengan kata-kata yang keji.. mengatakan Dato' Najib itu b**i, bangsat, mengatakan Tok Guru Nik Aziz dan A. Samad said itu bodoh, tidak berotak.. mengatakan polis itu anjing.. siapakah anda?? Allah ada bagi mandat ke kepada anda semua?? masing-masing berhujah seperti bijaksana... tahukah anda umat islam dilarang menghukum seseorang tanpa menyelidik... yang sesungguhnya layak memberi hukuman itu hanyalah Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat apa yang ada di langit dan bumi.. Yang Maha Adil..
Firman Allah:
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
Surah al-Hujurat, 6
Daripada Abu Darda r.a, katanya, Rasulullah sa.w bersabda yang bermaksud:
“Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutus untuk memberi rahmat.”
Jangan tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita,dan jangan juga terlalu cepat menafikan... saya juga turut menonton video yang di post di facebook, di blog.. kebanyakannya berunsur provokasi dari kedua-dua pihak.. Sepatutnya jangan dilabelkan ulama' BN atau ulama' PAS.. jika seorang ulama' memberi hujah tidak salah anda mendengar hujah ulama' kedua, ketiga, keempat dan seterusnya... cari di mana persamaan dan perbezaan.. kaji hadis yang mereka sampaikan.. mereka juga manusia yang bukan sempurna dan melakukan kesilapan... jika bercakap seperti orang bijak pandai... seharusnya tindakan dan pemikiran juga haruslah seiring dengan percakapan yang anda bicarakan..
bukankah Nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan umatnya cara bercakap, cara berfikir, cara menyuarakan pendapat dan cara menyelesaikan permasalahan dengan cara yang santun.. jadi saudara ku sekelian mengapakah anda menyakiti antara satu sama lain.. apabila ada yang cuba menyedarkan anda supaya berdamai dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya anda balas pula dengan cacian kepada mereka..
Rasulullah berpesan:
'Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor, tukang berkata kotor,dan berkata rendah... Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya..'
Firman Allah lagi:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (an-Nahl: 25)
sepatutnya, kita umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W yang hebat... gunakan akal fikiran yang Allah kurniakan untuk berfikir.. jangan mengikut nafsu marah untuk bertindak..
“Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
tiada untungnya kita bertelagah dan menuding jari kepada sesiapa... sebaiknya mari perbaiki diri sendiri.. mohon petunjuk Allah.. Yang benar pasti akan menang... pada pandangan saya, berpolitik la secara sopan dan penuh hemah mengikut ajaran al-Quran dan Sunnah..
notakaki: mari perbaiki amalan.. jika mahu komen, komen jugalah dengan berhemah ye... terima kasih sangat.. last but not least, saya cuma berkata secara general dan tidak berpihak kepada sesiapa.. maaf kalau ada salah dan silap... saya sayang saudara seagama saya...
3 comments:
setuju dengan pandangan cik is..
yg mne tu apis?
semua...^_^
Post a Comment