July 29, 2011

friends and allies..

sejak peristiwa itu berlaku, aku akur dengan takdir ilahi... aku bukan sahaja kehilangan peluang malah kehilangan  orang-orang yang satu ketika dahulu menjadi tulang belakang.. memberi semangat dan dorongan.. kesibukan mereka.. tidak lah dapat dinafikan bukan? syukur juga masih ada yang sudi bertanya khabar..
tapi kian lama kian hilang semuanya.. bukan aku mengharapkan mereka.. egokah aku?? aku kah yang patut memulakan dulu??
atau mungkin aku perlu mencari haluan yang baru...mencari mereka-mereka yang baru untuk aku sayangi..

'...jangan risau, aku ada...'
'...kalau ada pape masalah bagitau je aku...'
'...sabarlah..sesungguhnya ada hikmah di setiap kejadian...'

hahaha.. kata-kata memang mudah kita lafazkan... yang tersurat itu tidak lah seindah yang dilafazkan... tegakah aku untuk mengganggu kalian walaupun berjuta masalah yang perlu digalas? lantas aku cuma mampu berkata..

'... tq sbb concern.. aku ok je....'
'....aku macam biasa je...'



cukuplah dengan perkataan 'sabar'... cukuplah juga dengan kata-kata 'sudah ketentuanNya' dan juga kata-kata 'ada hikmah'.. aku sudah cukup sabar, faham dan terima apa yang dah berlaku...kalau tidak sudah lama hilang jejak aku dimuka bumi Allah... kerana masih ada iman di hati.. serapuh mana pun belum sampai ke arah  yang memusnahkan diri..



notakaki: jangan sesekali memberi harapan sekiranya belum yakin boleh dilunaskan... aku cuma mahu berbicara seperti dahulu.. tidak terlalu fokus tentang sesuatu topik.. 



1 comment:

Mohd Najib Bin Halil said...

cedih jek entry kamu kali ni cik isma...tpi apa2 pun..dh nampak cantik lah blog..cya lah...aku bgi 87%...oklh...tp blog aku tetap top dr blkng...heheeh...