July 11, 2011

Masak Spagetti.. :)

okay.. yesterday masak spagetti tapi sampai sekarang ni bilik bau spagetti lagi walaupun spagetti nye dah habis dimakan oleh cik dan encik kawan-kawan... huhuhu...
jangan sedih sesiapa yang tak diundang untuk menjamah spagetti yang aku masak semalam... oleh kerana tak mengundang korang makan.. aku ajar cara nak masak je lah.. boleh kan?? hehehe

Bahan-bahan:
separuh bawang besar- dipotong dadu kecil (3mm x 3mm).. sila jangan guna pembaris.. agak-agak je dah le..
2 biji bawah putih - dicincang halus (kalau tak nak letak pun boleh!)
3 sudu besar marjerin
separuh capsicum (lada benggala) - dipotong dadu (1cm x 1cm)
separuh daging kisar RAMLY - tak kisah la ayam ke daging... ikut la kesukaan.. daging tu tunggu cair.. letak lah dalam peti sejuk yang non freezer about one hour before start masak..
separuh tin sos spagetti (saiz kecil) - aku selalu guna prego yang original.. ikutlah kalau nak guna brand lain.. :)
separuh tin tomato puree (saiz kecil) - beli je la brand apa-apa pun...
spagetti mi.. mi ni banyak jenis.. ikut suka la nak beli yang macam mana.. yang halus cepat sikit masak.. kalau susah and nak save budget.. pakai je mi maggie.. hahaha... jadi maggieti la.. bukan spagetti..
boleh juga nak tambah bahan lain:
- cendawan butang - dalam tin
- sosej

okay.. before start nak memasak.. pastikan bahan-bahan tadi sudah di check tarikh luput.. kalau beli bahan-bahan yang dalam tin tu pastikan tin tu tak kemik, tak karat etc.. bahan-bahan mentah pula pilihlah yang segar.. yang paling penting.. pilihlah yang ada tanda halal Malaysia punya...



Cara memasak sos spagetti:
1. basuhlah tangan bersih-bersih dulu.. baca bismillah.. hehe
2. pastikan semua bahan dah dibasuh bersih (jangan basuh guna sabun).. termasuklah daging kisar..
langkah berjaga-jaga.. amalkan kebersihan!!
3. panaskan periuk.. masukkan marjerin tadi (boleh je nak guna minyak.. tapi aku biasa guna marjerin..)
4. agak-agak marjerin dah cair dan dah panas, masukkan daging kisar tadi.. dan kacau.. kalau kering sangat.. tambah lagi sedikit marjerin.. goreng sehingga air kat daging tu hampir kering..
5. masukkan bawang putih dan bawang besar yang dah dipotong tadi.. kacau lagi..
boleh juga kalau nak masukkan sosej yang dah dipotong lepas ni
6. bila dah naik bau dan daging kisar tu pun dah tak mentah, masukkan sos spagetti dan tomato puree.. kacau lagi.. sehingga sebati.. haha.. aku suka ayat ni!
7. rasa garam and masam nye cukup tak.. kalau tak cukup tambah la secukup rasa.. kalau tawar.. tambah lah secubit dua garam.. kalau kurang masam tambah tomato puree.. ada orang suka masam-masam.. aku suka bersederhana je.. haha.. kacau lagi..
8. last sekali masukkan capsicum, dan cendawan butang.. (kenapa masuk last-last?? sebab nak biar rasa rangup ckit bila makan).. jangan risau capsicum tu tak pedas langsung!!
9. kacau lagi.. agak-agak cendawan dan capsicum tu dah masak.. angkat.. siap sudah sos spagetti!!!

Cara masak spagetti mi:
1. panaskan periuk..
2. masuk kan air.. biar air masak menggelegak...
3. masukkan spagetti mi yang dah dibasuh...
4. biarkan mi tu masak.. agak-agak da lembut.. warna pun da tukar warna krim.. boleh jugak rasa sedikit.. kalau tak kenyal tu maksudnya da masak la..
5. jangan overcooked.. nanti tak sedap..
6. bila dah masak.. angkat.. toskan air..
7. letak satu sudu marjerin.. gaulkan sebati.. just nak elak die melekat2.. jangan letak banyak sangat.. agak-agak lah...

boleh je nak modified.. tambah meatball or cheese.. ikutlah kesukaan masing-masing..

dah siap semua.. sila la makan.. jangan lupa baca doa makan dulu!!

SELAMAT MENCUBA!!
resipi yang aku bagi ni boleh 4-5 orang makan..



notakaki: terima kasih pada mereka-mereka yang sudi makan spagetti yang aku masak semalam.. :) kalau sedap puji.. kalau tak sedap masak sendiri !! hahaha





5 comments:

rosatikahahmad said...

aku suke penne lg..
kalau dapat tambah cheese ari tu lg best..gemuk la mcm ni..haha
tak puas dowh aku mkn sbb tak dapat bau n tak dpt rase yg btol2..
lain kali buat lagi ye..time aku btol2 sihat plak
aku mcm bese..tukang tgk jek
hehe
=)

don_apis said...

cam sedap je spagetti dalam gmbar tuh..

iSmaZuRina said...

ros: penne tu makaroni tu la kan?? hmm.. xpe.. next time wat lagi.. kesian kat ko.. ley je buat malam before p broga.. esok tu panaskan.. ley makan masa kat atas..

apis: tu gamba internet je.. aritu lpe amik gmba.. dah penat masak.. hahaha

Muhanmadu Rideffuanu said...

ismaa ooi..:)

iSmaZuRina said...

ye...