October 19, 2011

tudung pun boleh jadi isu.. :)

isu ni dah lama kan.. is saja nak timbulkan.. dulu is pernah ikut satu kuliah agama.. penceramah tu ada beritahu.. pakailah tudung, tutup bahagian kepala, leher dan labuhkan untuk menutupi bahagian dada.. pakailah apa sekalipun.. waima kain langsir ke.. ikutlah.. janji tak jarang..
sekarang bila zaman dah moden, banyak fesyen-fesyen tudung keluar di pasaran.. macam-macam pulak style nye.. pusing sini, pintal sana.. ikutlah.. jangan sampai terjerut batang leher sudah.. :)
jadi persoalan yang timbul...

1. sanggul dalam tudung..

macam ni lah kot.. :)

2. tudung ala biarawati kristian..


vs


is bukanlah orang yang selayaknya berbicara tentang hukum.. tapi is ada baca satu blog seorang ustaz ni... jom kita tengok kat sini penjelasan dia tentang perkara ni... is suka sebab dia ada sumber rujukan sekali..

rumusan dari blog ustaz tu yang tidak dibenarkan memakai seperti menyerupai sesebuah kaum itu macam melambangkan agama yang dianuti.. contoh pakai rantai ada bentuk salib etc..

ada jugak pendapat blogger lain.. seperti mysuperkid.net  pun ada jelaskan mengikut pendapat beberapa ustaz..
jadi baca dan ambillah intipatinya.. ada yang kata boleh.. ada yang kata tak boleh..  kalau ada sesiapa yang lebih tahu dan berilmu silalah betulkan mana yang salah ye.. is ok je.. :) kita sama-sama memperbaiki diri sebagai seorang muslim/muslimah..


notakaki: apa pun.. yang wajib tu tutup aurat.. kalau benda yang musykil macam ni elok tanya pendapat orang yang lebih tahu.. tapi seeloknya dijauhi lagi senang kan? :)


3 comments:

man said...

ilmu masih cetek... no comment.

don said...

Betul2x...org skrg pakai tudung lebih kpd nk berfesyen bukan nk tutup aurat semata mata

Nong Andy said...

nak komen.. tapi last-last no komen. macam mana tu Is? hehehe..