Benar!! gambar yang diambil tidak akan berubah (kalau photoshop lain cerita!) gambar jugalah yang menjadi memori sesuatu peristiwa.. biar pahit.. biar manis.. biar orang yang didalam gambar itu dahulu nya orang yang paling rapat dengan kita.. masa yang pantas berlalu dan tika ini, sudah tiada lagi khabar darinya.. tiada lagi kata mesra darinya.. wajahnya juga mungkin sudah tiada kelihatan.. namun gambar pada ketika itu tidak berubah.. masih melemparkan senyuman yang sama..
kata orang, gambar itu hanya untuk santapan mata, memori dan perasaan ketika gambar itu diambil yang terukir indah di sanubari.. untuk dikenang dan diingati selalu.. biarpun lusuh gambar itu.. tika kelibat mata terlihat akan kepingan gambar itu, pasti memori itu akan datang menerjah lamunan masa silam.. mungkin senyum akan terukir di bibir, mungkin juga air mata yang mengalir..
'A great photograph is a full expression of what one feels about what is being photographed in the deepest sense, and is thereby a true expression of what one feels about life in its entirety.'
-Ansel Adams-
notakaki: tika tangan pantas berbicara di dada kekunci membicarakan isi hati.. hati yang sarat dengan pelbagai perasaan.. 8.44 malam-isma zurina mukhtar-
2 comments:
aikk..lain mcm je bunyi nye..
ape cer is??
Ada seribu kisah di sebalik sekeping gambar!!
Post a Comment