ya... sebaik-baik anak Adam itu adalah yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya... adakah is seorang yang cepat marah? yang pasti ada sesetengah perkara is jadi egois.. tak mahu menyerah kalah.. mahu berterusan marah dan membenci sesuatu.. tambahan lagi bila benda yang is tak suka tu berterusan berlaku menjadi santapan mata dan pendengaran is..
apa yang is lakukan hanyalah berdiam diri.. itu mungkin sebaiknya... mungkin hanya tidak mahu mengeruhkan keadaan.. tidak juga punya keinginan untuk menjernihkan.. sampai satu saat.. is memilih untuk membawa diri jauh dari mereka yang terlibat dalam kemarahan is.. is hanya perlu masa untuk diri is.. untuk mencari kebahagiaan sendiri.. biarpun tiada yang menemani...
bukan selalu.. boleh dikira mereka yang masih memberi luka yang dalam di hati.. luka mungkin sembuh tapi parutnya masih bersisa.. akhir sekali is minta maaf.. bukan is tidak cuba melupakan segala yang berlaku... is tak simpan dendam... cuma.. perasaan itu tidak mungkin sama sebelum dilukakan..
notakaki: my point is once i hurt badly by you, i won't ever be able to recover fully.. i may hate you forever, i may not, i may be your friend later but i may be your enemy forever..
2 comments:
yeah! sya fhm prsaan awk. sya jgak brada dlm situasi yg sma. :)
ITULAH YANG DIKATAKAN MANUSIA, BERSIFAT BAHARU DAN SENTIASA SILAP SANA SINI... banyak istigfar...memaafkan adalah dendam yg terindah ~ akceli dendam mana baik.. ekekkekekeke
Post a Comment