November 14, 2011

dilema lagi... :(

hari ni nak layan lagu liza hanim la.. biarkan aku merinduimu... dengar lagu ni dalam mp3 along tadi on the way balik dari putrajaya ke rumah..


is suka the chorus part of lagu ni... jom kita layan lagu ni ye... tak tahulah napa terasa pula kat hati bila dengar chorus part... :(

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi


Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali


Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkan padaku
Agar tidak sesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan

sedihlah lagu ni... bila fahamkan maksud lagu ni rasa macam sedih je hati is... kenapa ye?? huhu

notakaki: kadangkala cinta itu bukan milik kita.. dengan membiarkan cinta itu berlalu barulah akan hadir cinta yang baru...


November 12, 2011

who say??? 111111 sucks...

orang kata 11.11.11 tarikh yang special.. well.. untuk is tak adalah special sangat... i've been having a hectic day semalam... morning serabut kepala fikir nak beli kereta ke tak... in the evening dapat call dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).. mereka suruh is confirm kan pergi induksi NEXT WEEK... surat dari SPA pun tak sampai lagi... dah la dapat call tu pukul 4 petang something like that... everything kena settle on monday... selasa tu is dah kena pergi tiara beach resort PD..
plan hari isnin sangat padat!!!
home--> HUKM (amik result) --> MMC --> SPA --> next destination will be determine by the letter from SPA..
malam tu dah start kena pack baju kena kursus... huhu... i really don't like this feeling... tapi is dah tak boleh tunggu dah.. next kursus lambat sangat lagi which is late january... tu pun KKM tak boleh nak confirmkan...
baru je 3 minggu cuti from all the books and notes.. mereka dah panggil kerja!!!! huwaaaa....... kena mempersiapkan mental lagi... rasa macam tercungap-cungap pula gasping for air...



notakaki: doakan is ye... moga mudah segala urusan is hari-hari yang mendatang ni.. :) isnin lagi satu is dah start posting kat hospital... i'm a doctor!!! syukur dah boleh start kerja... my next step of life is about to begin.. :)


November 10, 2011

Bila sekali dah tak suka..

manusia itu Allah ciptakan berperasaan... is tahu tak suka, benci, menyampah tu satu perasaan yang patut tak ada.. tapi is hanya manusia biasa.. punya ego sendiri.. punya amarah yang kadang kala menguasai akal dan buat is hilang rasional.. 
ya... sebaik-baik anak Adam itu adalah yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya... adakah is seorang yang cepat marah? yang pasti ada sesetengah perkara is jadi egois.. tak mahu menyerah kalah.. mahu berterusan marah dan membenci sesuatu.. tambahan lagi bila benda yang is tak suka tu berterusan berlaku menjadi santapan mata dan pendengaran is..


apa yang is lakukan hanyalah berdiam diri.. itu mungkin sebaiknya... mungkin hanya tidak mahu mengeruhkan keadaan.. tidak juga punya keinginan untuk menjernihkan.. sampai satu saat.. is memilih untuk membawa diri jauh dari mereka yang terlibat dalam kemarahan is.. is hanya perlu masa untuk diri is.. untuk mencari kebahagiaan sendiri.. biarpun tiada yang menemani...
bukan selalu.. boleh dikira mereka yang masih memberi luka yang dalam di hati.. luka mungkin sembuh tapi parutnya masih bersisa.. akhir sekali is minta maaf.. bukan is tidak cuba melupakan segala yang berlaku... is tak simpan dendam... cuma.. perasaan itu tidak mungkin sama sebelum dilukakan.. 


notakaki: my point is once i hurt badly by you, i won't ever be able to recover fully.. i may hate you forever, i may not, i may be your friend later but i may be your enemy forever.. 


November 07, 2011

aku dapat 9.. korang?


moshi moshi... 2 hari tak update blog... cuba klik kat gambar tu... tengok cepat!! :) ada 9 jemputan kawan-kawan is nak kahwin dalam bulan november and disember ni... huwaaa... duit tak da nak beli hadiah kawan kahwin... nak pergi datang makan je boleh tak?? hahahaha... 
wei... kawan semua dah kahwin, tunang, beranak pinak pun ada... is bila pula??? errr... janganlah tanya soalan macam tu.. kadang-kadang is pun tanya diri sendiri soalan tu... mungkin ada wanita yang tak kisah tak berkahwin dan punya keluarga sendiri.. tapi issss.... is tengok kawan dah ada baby is jadi cemburulah... is bahagia tengok mereka bahagia.. tapi dalam masa yang sama is cemburu.. is belum punya kesempatan tu.. :(
apa-apapun.. tahniah buat kawan-kawan yang akan mendirikan masjid tak lama lagi.. semoga terus bahagia hingga ke syurga... :) i am so happy for you all.. :)


notakaki: doakan is untuk dapat kebahagiaan itu juga ye?


November 04, 2011

Kisah kawanku.. :P

kalau rasa annoying click butang pause okay?

hari ni is nak post satu lagu Anita Sarawak.. Kisah kawanku.. siapa tahu lagu ni??? :)
jom kita roger lagu ni... lagu ni agak lucu sikit.. hehehe

A Friend Can


Saya ada kawan
Memang sungguh gempol
Dia punya badan
Gemuk gedempol

Soal makan dia sangat handal
Capati habis dibedal
Mee rebus sikit tak tinggal
Sampai macam ikan buntal

Bila banyak makan
Nafas naik semput
Perut kembung depan
Sampai macam busut

Dia telah cuba kuruskan badan
Sekat makan tapi lima pinggan
Tiap pagi senaman melenting
Kononnya nak pinggang ramping


notakaki: hanya untuk suka-suka.. tiada kena mengena dengan sesiapa.. just that my mother like to sing this song.. :)



November 03, 2011

Gambar dan Memori..


Benar!! gambar yang diambil tidak akan berubah (kalau photoshop lain cerita!) gambar jugalah yang menjadi memori sesuatu peristiwa.. biar pahit.. biar manis.. biar orang yang didalam gambar itu dahulu nya orang yang paling rapat dengan kita.. masa yang pantas berlalu dan tika ini, sudah tiada lagi khabar darinya.. tiada lagi kata mesra darinya.. wajahnya juga mungkin sudah tiada kelihatan.. namun gambar pada ketika itu tidak berubah.. masih melemparkan senyuman yang sama.. 
kata orang, gambar itu hanya untuk santapan mata, memori dan perasaan ketika gambar itu diambil yang terukir indah di sanubari.. untuk dikenang dan diingati selalu.. biarpun lusuh gambar itu.. tika kelibat mata terlihat akan kepingan gambar itu, pasti memori itu akan datang menerjah lamunan masa silam.. mungkin senyum akan terukir di bibir, mungkin juga air mata yang mengalir.. 

'A great photograph is a full expression of what one feels about what is being photographed in the deepest sense, and is thereby a true expression of what one feels about life in its entirety.'
-Ansel Adams-

notakaki: tika tangan pantas berbicara di dada kekunci membicarakan isi hati.. hati yang sarat dengan pelbagai perasaan.. 8.44 malam-isma zurina mukhtar-