is baru habis oncall.. oncall yang hectic... admission semalam ya Allah... tak boleh nak kata... kepada ibu-ibu and bapa-bapa sekelian jagalah kesihatan anak anda... hehehe.. tak mampu ni... lenguh tangan clerk case... sampai apa yang is clerk pun is tak tahu... :)
ramai orang timbulkan isu dakwat kekal masa PRU baru-baru ini... kononnya dakwat yang dikatakan kekal tidak kekal.. maka timbul lah isu pengundi hantu, blackout dan macam-macam lagi.. is first timer mengundi.. jadi is excited nak tahu perjalanan proses mengundi tu macam mana..
so... inilah proses yang berlaku haritu
- is pergi berjemput dengan kenderaan parti..
- sampai kat tempat tu is beratur dengan mak and along is
- bila sampai kaunter pendaftaran is ambil kertas no bilik mengundi, masa tu dia potong dah nama is
- beratur lagi kat tempat nak buang undi
- bila masuk bilik orang tu sebut nama and ic number.. ada 2 orang lagi kat kaunter.. seorang tukang calit dakwat, seorang tolong lipat kertas undi and dekat meja lagi satu ada 2 orang wakil lagi seorang dari parti kerajaan, seorang dari parti pembangkang bila nama is kena sebut diorang pun potong nama is.. (diorang pun ada list nama pengundi juga..
- lepas tu calit dakwat kekal and ambil kertas undi.. punyalah hati-hati takut terkena dakwat tu kat kertas undi.. hehehe
- lepas tu pergi pangkah siapa yang is suka and masukkan kertas undi kat dalam peti undi
- then keluar.. :P
so is tak faham kenapa orang boleh kata ada pengundi hantu.. padahal ada wakil dari kedua-dua belah parti yang duduk kat dalam bilik tu.. kalau mereka rasa pengundi tu something wrong mestilah dah bantah.. lagi satu.. kononnya ada bangla and indon dok mengundi sekali... alah berapa orang lah sangat satu tempat tu yang bangla tu boleh mengundi... rasanya tak ada wakil-wakil tu yang menang setakat 40-100 undi... paling sikit pun 500 undi... logik ke 500 bangla mengundi untuk satu tempat?? lagi satu kan ada polis, pegawai RELA and bla bla bla kat situ... diorang bukan buta nak kenal bangla ke orang malaysia...
bila dah habis waktu mengundi, peti undi pun dibawa ketempat pengiraan undi... tahu ke macam mana diorang ni kira undi???
- dekat tempat kiraan undi tu ada wakil kedua-dua parti. masing-masing pakai kalkulator la, komputer, sempoa je yang is tak nampak.. hehehe
- bila buka satu peti undi tu, angkat sehelai demi sehelai kertas undi... tunjuk tinggi kat depan muka kedua-dua wakil then sebut BN/PR then letak dalam 2 bakul yang berasingan
- lepas dah habis satu peti undi barulah diorang kira balik yang ada dalam bakul tu.. prosesnya sama macam yang awal-awal.. tayang kertas undi tu depan muka dua-dua wakil
nampak tak betapa complicated proses kira undi..
kenapa orang suka sangat tuding jari kat SPR.. mereka tu hanya jalankan tanggungjawab je.. and furthermore bukan semua orang SPR tu sokong parti kerajaan.. ada juga yang dari parti pembangkang...
isu dakwat kekal.. is punya jari ni masih biru lagi.. dah hari kesembilan dah... fikirlah secara logik kenapa nak buktikan dakwat tu kekal ke tak? apa motifnya?
|
gambar ni is ambil pada hari ke-7 (11/5/2013) |
is kerja doktor.. setiap kali nak sentuh pesakit kena cuci tangan guna alcohol rub.. satu hari is tengok more than 20 patients.. so paling kurang pun 20 kalilah is dok cuci tangan dengan alcohol.. yang tu tak termasuk cuci tangan sebelum buat apa-apa prosedur... tapi masih tak tanggal lagi..
notakaki: jangan asyik cari salah orang.. kenapa tak salahkan diri sendiri.. percaya sangat apa yang orang tulis kat internet... kat internet sesiapa pun boleh menipu... faham tu!! otak tu jangan benak sangat.. terima je bulat-bulat cerita kat internet... peace...