April 30, 2011

taubat nasuha...

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalahmakruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

April 29, 2011

team building????

oooo... sgtla pening... kne plan stu program team building yang boley memenuhi kehendak 7 org dlm kumpulan... aku kalau boley nk tempat yg ktorg p nnt tu ade byk aktiviti... so mse tu terisi la... xdela mcm p site view je... tp ade jugak yg mcm nk santai je... xnk buat ape2 sgt... nk rehat2 je... ade plak nk p pulau2... hmm... cmne tu??? tempat ape yg best yer nk buat sume2 ni... ade x tempat yg ade byk outdoor punye aktiviti dekat ngan hutan hijau, n dekat ngan pantai gak... so boley buat 2 in 1 la??? xde idea la... huhuhuhu... cmne tu???

April 25, 2011

huhuhu... sgt jeles.... T.T

dengar citer diorg da nk kne pggil kje... end of May kot... aku... masih meneruskan perjuangan kat cni... sdey plak.. da la kje lmbt dr diorg.. grad pun lmbt dr diorg... so untuk mengelak kan rse jeles n hasad dengki.. terpaksa la berhenti main fb untuk sementara waktu... Allah... sesungguhnya aku masih xkuat nk hadapi semua ni... tunjukkan la aku hikmah di sebalik kejadian yg berlaku agar aku berhenti menyalahkan diri sendiri... berhenti buat aku rse mcm org yg kalah.. berhenti mempunyai perasaan yg tidak baik... huhuhu... kuatkan lah hati ku...

notakaki: ade x ayat2 yg boleh bakar blik semangat aku yg xstabil ni??? huhu

April 17, 2011

PERBAIKI CARA SOLAT BAGI MUSLIMAH

nk share... ni aku dapat dr facebook... insyaAllah... moga dimanfaatkan oleh aku dan mereka yg terbaca blog aku ni...




Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat
kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.



nota kaki: Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

April 16, 2011

ALLAH.... ampunilah dosaku....

berulang kali aku melakukan kesilapan yg sama... walaupun Allah da bg petunjuk kat aku berserta amaran,... Allah.... sesungguhnya Kau Maha Pengampun... maka ampunkan lah dosaku ya Allah... berkali-kali aku melakukan dosa... berkali2 jugalah aku bertaubat dariMu...



لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.




aku mohon Ya Allah... terimalah taubat-taubat ku.... jauhkan dan lindungilah aku dari melakukan dosa.. 



لَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.



Ya Tuhan kami, janganlah engkau mengubah hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.



ampunkanlah aku Ya Allah.... 

April 13, 2011

BLOG UNDER CONSTRUCTION....


notakaki: nk tambah tolak darab bahagi mne yg patut... ley click mne yg suka... tp jgn pening plak ye...

3 hari dah...

da 3 hari... tp aku study ckit2 je... mcm mls2 lg... huhu... klo pk study ni ley jd gle pale aku... hari ni aku kuar jln2.. ingat nk layan tgok movie... tp xde cte best langsung... last2 end up ngan melantak je... huhu....
tu je entri aku hri ni...

notakaki: buat entri hr ni semata-mata nk capai misi satu hari satu entri..

April 12, 2011

SPONTAN..

oleh kerana skang tgh sdey2.. aku melayan la satu rancangan ni... tv da xde kat umah.. yg ade laptop je... so lyn youtube gne laptop je la kan... nk wat cmne... aku dok melayan cter kelakar la.. dgn hrpn ley la aku bergelak ketawa... aku da penat nangis... aku nk hepi2 je... (apela aku melalut ni)
walaupun cter ni da lme.. tp aku xpnh tgok... mmg ramai member promote tgok cter ni... tp sblum ni aku mcm mls nk tgok.. bru skrg terasa nk tgok..
cte yg aku mksudkan spontan... adoi... kelakarnye... nk pecah perut aku gelak.. lenguh pipi aku... hehehehe..
korang yg belum tgok.. ley le taip spontan kat utube tu.. korg pilih je mne2 pun.. mmg la kelakar yg teramat xkisah episode papepun...

spe2 yg sdey tu.. rse2 nk nasihat aku.. ley la contact aku... bg komen kat post ni... tggl no fon... hehe... nnt aku contact korang... ok???

notakaki: bajet ade je yg bace post ni... :P

April 10, 2011

MY NEW TRIPLETS BABY BUNNIES...!!

pada 5 haribulan 4 aritu... lahir la 3 ekor lg anak arnab aku.... yg aritu mati sekor.. yg mak aku pling sayang... iaitu si ateh... lg 3 ekor da bg jiran sebelah umah... so tggl la si milo n si super keke... bunny yg ni merupakan generasi ke empat yg dilahirkan oleh ibunya si kiki (terskema la plak).. 
meh usha baby bunny aku ni.... comel la jugak... tp ade mcm ank anjing pun ade gak aku tgok... xbesor sgt... ade la separuh tapak tgn...
gambar mereka bertiga... xbukak mata lagi...

xbg nme lg.. ni sebijik rupa mak die...

ni plak copy si super keke

yg ni mcm ateh... tp xpasti lg btol2 putih ke ade yellow2...

ni la super keke... da besar da... asyik makan je... manja sgt die  ni...

ni si milo... da panjang la muka die... die suka selit muka die celah sangkar... da jd pnjang... buruk btol..

ade x korang2 ni nk bela arnab... senang je nk jaga arnab ni.... yg da ade.. jge baik2 k... arnab ni manja la jugak... tp xdela mcm kucing.... tp aku lg ske arnab... die xberak dlm umah.. taik die xbusuk mcm taik kucing... bulu die lg lembut dr kucing... bau die pun xbusuk...

notakaki: agak2 bpe ekor anak arnab aku ley dpt tahun ni???

April 04, 2011

NO LONGER FRIEND!!



WE ARE NOT FRIEND ANYMORE!! I NEVER REMEMBER WE DOES.. i thank Allah... who once again open my eyes... when i'm completely scrutinized to the end of my life, i realize that i don't really have FRIEND... FRIEND??? that is what they used to say... in a reality, they don't exist.. do they???
once again, i realize that i am alone in this world... if i fall... i have to get up on my own feet.. i have no hands to help me getting up, to hold my hand when i'm about to fall... believes me... i have never met a person who deserved to be call as FRIEND!!
this is the FACT about friend:

1. they are always there when you want to take them out for leisures
2. they play nice in front of you but they bad mouthed behind you.
3. they always ruin your sleeps just to tell you how happy they was just to make you jealous
4. when you're sad.. either they stay silent because they don't know what to say or they are happy that you're sad..
5. they always give u supports.. but the truth is they are just playing nice
6. they always keep yourself miserable just to ruin your day..
7. they lied to u, they think that u'll be happier if u don't know the truth

i don't really need FRIEND if this is what u gave me... i just need to be with myself, my family.. with ALLAH... I DON'T NEED YOU!!

nota kaki: aku tau xde spe bce blog aku... ni je cre aku luahkan geram...

April 02, 2011

mOod: xde MOOD!!!!!!

aku tau blog aku ni xde spe pun yg bce... xkisah la.. aku nk tulis jugak... skrg ni aku kat umah... lepak2 ngan family... meredakan hati yg xtenteram... xkisah la xhappy pun aku buat2 je happy...
so.. nak happy kan diri sendiri nk post byk2 gmba kat blog ni.. ley x??? kalau xboley pun aku nak jugak... hari tu aku ade jalan2 kat melaka... p a famosa n p taman rama2... tapi kat taman rama2 tu ade byk binatang lain.. mcm reptilia, burung2, memerang, cheetah... best kan??? so masuk tu xde la jmpe rama2 je... tp rama2 kat kl lg banyak n besar2.. kat ctu mcm kecik ckit rama2 je... sebelum p taman rama2 tu... p la lepak kat pantai jap... amik ckit pic (sebenarnya byk!!!)... tp letak dua je la... xnk korg kte aku gedik...


nak gak wat aksi titanic... tp sdey T.T pic ni mcm gelap...


pedulikan muka yg montel tu... serius xsesuai pki tudung mcm ni... tp lyn je la...

pastu perjalanan diteruskan.... ke kota A famosa... aku xtau la ape yg best sgt?? biase je...  huhu... sori klo ade yg terasa.. aku bukan ahli sejarah...


ni je gmbar yg ade.. gamba lain xbpe terang...

ade gak gamba main cak2... ade aku kesah... aku bukan nk bajet comel.. da aku mmg ske amik gamba...


cantik gak batu ni klo amik gmba... tp klo tgok btol2 biase je...


penat btol jln kat cni... sbbkan jln die yg pening... ktorg jln kaki dr tmpat parking naik kat ats.. turun blik.. aku ngan sengalnye pki high heel mmg skit kaki.. T.T.. so xmo jln kaki blik kat tmpat parking... naikla beca...


1st time naik beca... hehehe

da smpai melaka... p la tempat menarik yg lain... aku mls da nk tulis... aku letak gmbo jela...


xtau la burung ape... disuruh posing je...

sbnrnye die ade bg warning... pegang rama2 kne denda RM200.. tp aku xkre.. nk pegang gak..

tgok... buat perangai lg...
-
-
-
-
-
dan lagi....



bajet takut je... xpndai buat... buaya tu bernyawa ok!!!

penat... sandar kat batu jap..


ikan koi... xbg mkn pun.. hulur tgn je....

ske gmbar ni!!!! 

ade gaya model x???

mr n mrs hornbill.... nmpk ke???

ni bukan merak albino... tp white peafowl... ade mutation kan pigment warna die... so die jd white... cntik jugak... mata die kaler biru... kalau albino kaler merah....

bergambar ngan cik memerang... comel... tp bucuk!! =)

love bird....

ni xtau nme die ape... lpe la... tp comel jugak...


walaupun hati sedih... tp cuba nk happy kan dri sdri.... xkisahlah... huhu... xnk blik kolej lg... nk cuti lme2... T.T... penat la nangis... nk gelak.. tp entah.... xde perasaan yg happy lg yg boley buat aku gelak...




nota kaki: pedulikan tudung2 yg aku pki dlm gmbr ni... nmpk sgt pelik... die kte.. ape da jd ngan awk yg comel ni... da jd xcomel pki tudung pelik bergulung2 ats pale... huhuhu... sbnrnye ske kaler die je... T.T