May 17, 2017

Alkisahnya.....

Assalamualaikum...
Lama betul is tak update apa-apa dalam blog ni.. dah hampir 2 tahun since entry is yang paling akhir... is terlampau busy dengan tugas mungkin..
Sebenarnya banyak is nak cerita, tapi malam ni kita skip dulu the details.. InsyaAllah, is akan sambung cerita lain waktu..
Untuk permulaannya is nak beritahu yang:
1. is dah kahwin pada 30 Jan 2016 (setahun lebih dah.. alhamdulillah!!)
2. Tengah pregnant anak pertama :)
3. Dah dapat tukar tempat kerja (well yang ni very recent)

Ok.. cukup entry untuk hari ni.. mungkin lagi 2 tahun is sambung balik entry.. =P

Notakaki: bersyukurlah dengan apa yang kita punya.. Salam Ramadhan..

August 09, 2015

My E-day..

assalamualaikum bloggers.. lama dah tak update blog ni dengan perkembangan semasa..
alhamdulillah.. tanggal 31 mei yang lepas is dah jadi tunangan orang... syukur... doakan yang terbaik ye buat kami.. insyaAllah kahwin nanti is jemput korang.. pening juga dengan preparation nak kahwin kat malaysia ni.. patutlah orang sekarang pakat ramai-ramai kahwin kat thailand nu..
takpe-takpe.. bak kata omputeh.. no pain no gain..

menunggu pinangan dan encik tunang

fefeeling pengantin jap...



with my mom and anak-anak menakan ku sekelian.. hehe

notakaki: percintaan yang lama bukan menjanjikan hubungan akan berkekalan.. bercintalah dengan Allah dan Dia akan mengurniakanmu insan-insan yang mencintai-Nya.. i love u mr fiance..


 

March 23, 2015

Something is Wrong

alhamdulillah.. is masih mampu bersabar and bekerja sebagai seorang Dr.. bukan sekali dua terfikir nak quit je kerja ni.. boleh kata most of the time.. kalau orang kata kerja dr tu best.. memanglah orang tu gila otaknya.. ingat gaji besar sangat ke compare dengan bebanan kerja..
sejak dah jadi medical officer ni lagi lah.. bukan nak kutuk tempat kerja sendiri tapi memang nak cakap lah.. banyak-banyak hospital dalam malaysia ni yang is pernah pergi.. rasanya adalah satu hospital ni yang paling teruk houseman teaching nya.. basically semua nak medical officer yang buat.. dari clerk case, ambil darah, pasang branula, management even discharge.. serious.. tak tahan gila kerja medical officer kat hospital yang sekarang ni.. dulu kerja as a houseman kat kuantan yang sibuk tu pun tak ada lah stress macam ni.. rasa memang houseman kat hospital ni dimanjakan sampai bodoh tahap melampau.. nanti dah jadi Mo jadi Mo yang bengap..


notakaki: jangan ingat houseman yang sekarang tu tak jadi MO satu hari nanti.. kalau bukan sekarang lah train diorang the hard way nanti kalau kau sakit houseman tu yang jaga kau sebab dia dah jadi MO.. memang padan lah dengan muka kau..

March 11, 2015

past 5 years..

Assalamualaikum... lama sangat is tak tulis blog.. sibuk aje memanjang.. huhu.. hari ni rasa tergerak hati nak tulis blog setelah sekian lama menyepi.. semua gara-gara terasa hati dengan seseorang.. tapi is tak nak cerita pasal tu.. nak cerita pasal lain ok?
pernah tak korang rasa rindu tapi  tak tahu rindu siapa/apa? kalau tak pernah is lah kot yang pelik tapi benar.. lately ni kerap sangat is rasa perasaan tu.. sampai kadang-kadang hilang mood.. jadi diam.. termenung.. hehehe.. macam sakit mental la pulak..
Ganbatte is... walau macam mana sekalipun, masih kena gigih berusaha, bekerja.. tak pernah ponteng kerja ok.. masih menjalankan tugas sebagai seorang doktor perubatan.. kadang-kadang mengeluh tu adatlah kan..



notakaki: ada orang suruh is keep on writing is my blog.. i'll try my best.. 

May 31, 2014

sesi luah perasaan

hari ni is post call.. post call mean the day after oncall.. is rasa this past few days is cepat sangat irritated. rasa nak marah je.. orang buat salah sikit mula lah nak marah.. ditambah dengan rasa penat kerja makes me easily irritable.. rasa macam nak luahkan je semua yang berlaku dua tiga menjak ni di blogger tapi is faham laman media sangatlah tidak sesuai untuk luahkan apa yang terbuku di hati...is cuma harap kalau ada yang terbaca post ni doakan supaya is terus bersabar dan terus kuat untuk jadi seorang doctor...



notakaki: that's it... kau memang poyo...



May 08, 2014

Biasa Jerr...

assalamualaikum...
disebabkan hari ni stress kena marah dengan big boss dalam ward, is nak lepas stress selfie kat blog ni... boleh kan??
dulu bercita-cita nak pergi bukit tinggi.. orang dok bercerita kata tempat tu cun, best and macam-macam lagi lah... so sampailah jugak hajat is.. dapat lah pergi bukit tinggi... ada orang tolong bawa.. package sekali jd photographer... hehehe.. upahnya free ticket ke bukit tinggi...
sekarang nak masuk ke bukit tinggi pun kena bayar RM12!! dulu pun kena bayar juga ke??
ok... nak beritahu kat sini.. siapa yang rasa teringin sangat nak pergi kat sini.. lupakan je lah hasrat anda semua... tempat ni serius biasa je... tiada yang special sangat pun...

tempat orang lain suka sangat posing kat sini la kan?

tak nampak swan kat belakang tu..

at japanese village..

is pergi bertolak pagi lepas pukul 7.. sampai sana dalam pukul 9.. dalam pukul 12  lebih tengah hari dah balikdah.. sebab tak tahu nak buat apa lagi.. panas pun satu hal.. kalau genting tu terasa la jugak sejuknya... yang ni seriusly biasa je.. so guys.. jangan buang masa.. better pergi tempat lain yang lebih menarik yang lebih banyak aktiviti..


notakaki: abaikan kegemukan yang semakin menjadi-jadi di situ #selfielasangat


April 01, 2014

I met an accident..

assalamualaikum semua... makin lama, makin sunyi blog ye.. maklumlah sekarang dah ada banyak lagi saluran media yang lain, vlog, keek, twitter, instagram macam-macam lagi lah..
seminggu lebih dah is accident... alhamdulillah is just has minor injury... when it comes to an accident, people always thought female is the faulty right??
hari ahad minggu lepas is sepatutnya oncall. bangun awal that day. bersiap nak pergi kerja. keluar rumah sewa pun awal. disebabkan awal is pun menyinggahlah gerai tepi jalan nak beli kuih and nasi lemak.. sedap tau nasi lemak kat gerai tu. so is berhenti dekat tepi gerai tu, tak tarik handbrake sebab jalan rata je and fikir sekejap je berhenti bukan nak lama-lama. masa is nak beli tu ada satu lagi customer. is tunggu turn pakcik tu ambil order is pulak.
suddenly, bunyi berdentum kuat, bila is toleh kat belakang kereta is tengah bergerak menghala ke arah is and gerai tu. alhamdulillah sempat jugak elak. kenalah jugak kat pinggang.. lebam tau.. hahaha.. mujurlah tak beralih jamban..
gerai tu roboh.. mujurlah tak ada siapa yang cedera.. kuih pakcik, nasi lemak, nasi kerabu habis tumpah kat tanah. kempunan i nak makan nasi lemak pakcik yang sedap!!
tengah tergolek lagi kat tanah sebab kena hentam dengan kereta sendiri, suddenly a chinese guy came to me. he says sorry. is pun tanya 'what happened? you tak perasan ke my car?' and dia pun answer dia tak perasan, dia baru bangun tidur and mengantuk..kaki is pun rasa pedih. rupanya ada luka kat kaki.. tulah pakai lagi selipar.. kalau pakai kasut mesti ok..
mujurlah tak tarik handbrake, kalau tarik mesti lagi teruk kereta is, and kereta budak yang langgar tu pun agaknya mahu terbalik. laju jugak apek ni bawak... haish.. apek-apek!!
kesudahannya pergi balai buat report, towing kereta and balik kampung.. tak jadi nak oncall. terpaksa ambil EL.. alhamdulillah bos-bos semua understanding..

Photo: Dugaan Allah lg... kereta accident pulak... rindunya kat cici... cici kena masuk hospital...  syukur tuan cici xde pape...
kesian cici...

notakaki: hari ni dah dapat balik cici... asyik mimpikan cici je for this past 1 week. tidur pun tak lena..angau... happy that kereta dah ok..

March 22, 2014

i dont wanna grow old alone..

dah lama is tak post anything in this blog... sekarang is dah naik pangkat jadi medical officer.. alhamdulillah.. 2 years of housemanship has taught me a lot.. being a medical officer i held a bigger responsibility towards the patient..
back to the topic..
for this past few days, i have been asking myself a lot about my future path.. being around pregnant patients, conducting birth and seeing the cute babies everyday has made me so overwhelm.. the urge to get married and have my own sweet family is too intense.
sometimes i asked myself
'am i a bad person that i don't deserve happiness?'
being a lover to someone, i can also be his friend, his foe, his mommy but i can never be his wife.. i can never be a mother to his child.
'will i grew old alone?'
'when i'm old, will there be someone to take care of me?'
these are the questions that has  been hanging in my mind..

'Loneliness is my least favorite thing about life. The thing that I'm most worried about is just being alone without anybody to care for or someone who will care for me.'
Anne Hathaway



footnote: i asked 'in your life, where do you put me?', ' where does our future  leads?'

September 30, 2013

Seindah derita..

is tengah mencari novel ni... karya norhayati berahim CESB.. so far CESB tak republish balik novel ni... mencari dan masih mencari.. dah cari satu kuantan belum lagi bertemu... ada tak sesiapa yang ingin let go or terjumpa buku ni di mana-mana... is teringin sangat nak memilikinya...



notakaki: pernah baca buku ni masa belajar dulu... pinjam kat perpustakaan negara.. kebetulan dekat dengan hostel is belajar dulu... oh my,... i miss that moment...

September 14, 2013

Setelah sekian lama...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... kita selalu menyesal berjumpa orang yang salah dalam hidup... tapi sebenarnya orang itulah yang tepat sekali Allah temukan untuk kita.. mengajar kita ke arah yang lebih baik...
Lama is tak tulis entri dalam blog... selalu rindukan blog ni... sedih kerana sudah hilang zaman kegemilangannya... mungkin sebab sibuk kerja.. atau mungkin sebab banyak lagi medium untuk berkomunikasi dengan dunia luar seperti whatsapp, fb, wechat, line... semuanya di hujung jari sekarang..
Pejam celik dah hampir 2 tahun is bergelar seorang doktor... houseman... tak lama lagi nak naik pangkat jadi medical officer.. is tak sabar nak tahu penempatan is... is dah ada plan untuk dilaksanakan... insyaAllah dengan izinnya...
Walaupun raya dah habis.. is xsempat buat entri langsung tahun ni... huhu.. tapi is nak post jugak gamba raya is... hehehe

Notakaki: biarlah dia hanyut dengan dosa yang dirasakan nikmat... moga dia tidak terus terlena dan leka.. moga Allah bagi kita semua petunjuk..


May 25, 2013

Tiada Akhir Nanti

is suka sangat lagu shila amzah yang ni...




Diam aku bukan
Hati ini jangan
Mimpi dengan harapan
Hilang berterbangan
Dibawa malam
Seiring bahagia
Kulaung tak kunjung jelma
Di sebalik awan

Mega mendung ini
Ada taman rimbun yang indah sekali
Nantikan ku sayang
Aku kan kembali
Setia menemani
Tiada akhir nanti



notakaki: cinta tak semestinya memiliki...


May 14, 2013

Gila Novel

once upon a time there was a girl who love to read love story novels... hehehe... is lah orangnya.. dulu suka sangat baca novel. siap ada membership kat perpustakaan negara.. every week akan pinjam novel at the library.. until is realized that it takes too much time to read... bila is dah start baca novel, i was too absorbed to it that i can not stop reading.. hehehe... buku pelajaran tak nak pula buat macam tu.. patutlah benak je otak ni..ish ish ish...
is layan baca novel masa is sekolah menengah until is masuk universiti 2nd year.. bila baca novel tu mulalah berangan jadi watak heroin dalam novel tu... hahaha...until one incident happened... masa tu is stop baca novel dah... is memang totally change into someone new.. apa yang dulu is suka buat is jadi tak suka.. termasuklah baca novel ni,..
bila dah kerja pun sama.. is kurang dah minat baca novel.. tebal sangat.. malas nak baca,... tapi for the past 2weeks ni is habis almost RM200 beli novel weh... gila kan?? seronok pula.. sampaikan is tercari-cari novel lama yang is pernah baca dulu... one of them was 'Pesanan terakhir seorang lelaki by Norhayati berahim'
satu kuantan is cari novel ni but is memang tak jumpa.. until one day is pergi kat satu kedai kecil and i ask the owner ada tak buku novel tu and dia kata ada... masa tu tak boleh nak kata betapa gembiranya hati is ni... tersenyum je sepanjang hari... even a small book can make me smile throughout the day... sometimes i also can not understand myself.. hehehe
antara novel yang is beli dalam masa 2 minggu ni

- Gaduh-gaduh sayang
- Pesanan terakhir seorang lelaki
- Suami tak kuhadap
- Kasih suci
- Sepi tanpa cinta
- Murni kasih

3 english novel tak baca lagi.. tertinggal pula kat kampung masa bawa balik mengundi tempoh hari... and ada few lagi.. tak ingat pulak tajuk... beli je.. baca belum.. hehehe...
is recommend baca gaduh-gaduh sayang... asyik tergelak je bila baca...

pencarian is berakhir apabila bertemu dengan novel ni.. :)

notakaki: ada nak suggest novel apa-apa tak??? huhu... 


May 13, 2013

Kekal ke tak?

is baru habis oncall.. oncall yang hectic... admission semalam ya Allah... tak boleh nak kata... kepada ibu-ibu and bapa-bapa sekelian jagalah kesihatan anak anda... hehehe.. tak mampu ni... lenguh tangan clerk case... sampai apa yang is clerk pun is tak tahu... :)
ramai orang timbulkan isu dakwat kekal masa PRU baru-baru ini... kononnya dakwat yang dikatakan kekal tidak kekal.. maka timbul lah isu pengundi hantu, blackout dan macam-macam lagi.. is first timer mengundi.. jadi is excited nak tahu perjalanan proses mengundi tu macam mana..
so... inilah proses yang berlaku haritu
- is pergi berjemput dengan kenderaan parti..
- sampai kat tempat tu is beratur dengan mak and along is
- bila sampai kaunter pendaftaran is ambil kertas no bilik mengundi, masa tu dia potong dah nama is
- beratur lagi kat tempat nak buang undi
- bila masuk bilik orang tu sebut nama and ic number.. ada 2 orang lagi kat kaunter.. seorang tukang calit dakwat, seorang tolong lipat kertas undi and dekat meja lagi satu ada 2 orang wakil lagi seorang dari parti kerajaan, seorang dari parti pembangkang bila nama is kena sebut diorang pun potong nama is.. (diorang pun ada list nama pengundi juga..
- lepas tu calit dakwat kekal and ambil kertas undi.. punyalah hati-hati takut terkena dakwat tu kat kertas undi.. hehehe
- lepas tu pergi pangkah siapa yang is suka and masukkan kertas undi kat dalam peti undi
- then keluar.. :P

so is tak faham kenapa orang boleh kata ada pengundi hantu.. padahal ada wakil dari kedua-dua belah parti yang duduk kat dalam bilik tu.. kalau mereka rasa pengundi tu something wrong mestilah dah bantah.. lagi satu.. kononnya ada bangla and indon dok mengundi sekali... alah berapa orang lah sangat satu tempat tu yang bangla tu boleh mengundi... rasanya tak ada wakil-wakil tu yang menang setakat 40-100 undi... paling sikit pun 500 undi... logik ke 500 bangla mengundi untuk satu tempat?? lagi satu kan ada polis, pegawai RELA and bla bla bla kat situ... diorang bukan buta nak kenal bangla ke orang malaysia...

bila dah habis waktu mengundi, peti undi pun dibawa ketempat pengiraan undi... tahu ke macam mana diorang ni kira undi???
- dekat tempat kiraan undi tu ada wakil kedua-dua parti. masing-masing pakai kalkulator la, komputer, sempoa je yang is tak nampak.. hehehe
- bila buka satu peti undi tu, angkat sehelai demi sehelai kertas undi... tunjuk tinggi kat depan muka kedua-dua wakil then sebut BN/PR then letak dalam 2 bakul yang berasingan
- lepas dah habis satu peti undi barulah diorang kira balik yang ada dalam bakul tu.. prosesnya sama macam yang awal-awal.. tayang kertas undi tu depan muka dua-dua wakil
 nampak tak betapa complicated proses kira undi..
kenapa orang suka sangat tuding jari kat SPR.. mereka tu hanya jalankan tanggungjawab je.. and furthermore bukan semua orang SPR tu sokong parti kerajaan.. ada juga yang dari parti pembangkang...

isu dakwat kekal.. is punya jari ni masih biru lagi.. dah hari kesembilan dah... fikirlah secara logik kenapa nak buktikan dakwat tu kekal ke tak? apa motifnya?

gambar ni is ambil pada hari ke-7 (11/5/2013)
is kerja doktor.. setiap kali nak sentuh pesakit kena cuci tangan guna alcohol rub.. satu hari is tengok more than 20 patients.. so paling kurang pun 20 kalilah is dok cuci tangan dengan alcohol.. yang tu tak termasuk cuci tangan sebelum buat apa-apa prosedur... tapi masih tak tanggal lagi..


notakaki: jangan asyik cari salah orang.. kenapa tak salahkan diri sendiri.. percaya sangat apa yang orang tulis kat internet... kat internet sesiapa pun boleh menipu... faham tu!! otak tu jangan benak sangat.. terima je bulat-bulat cerita kat internet... peace...


May 05, 2013

1st time mengundi....

Di facebook semua orang sibuk post gambar jari... is pun nak post jugak... hari ni is pergi mengundi... beratur panjang.. panas pulak tu.. tapi is dah mengundi... setel kewajipan... alhamdulillah...

May 01, 2013

During Labour Day..

Malam semalam is oncall.. so hari ni is rehat la after kerja malam... esok kena kerja lagi.. huhu... balik kerja memang dah penat yang tak terkata... bila sampai kat bilik memang tak ingat apa dah.. memang tarik bantal and terus tidur..
Bila bangun perut pun mula lah berbunyi-bunyi minta diisi.. is pun keluar makan dengan kawan is...
Kat kedai makan tu is jumpa seekor kucing ni... cute sangat... rasa nak ambil dia jadi pet is je... tapi sekarang is tinggal asrama susah nak jaga... takut nanti dia buat perangai pulak... so, is ambil picture dia je la...

notakaki: comel kan??cantik corak bulu dia.. macam kucing hutan... :)


April 29, 2013

No More Bad Talks..

assalamualaikum.. is rindu blog ni... sedih jugak sebenarnya... lama dah is tak update kat blog ni kan? sibuk sangat dengan kerja...
since esok is oncall so malam ni is saja nak tidur lambat sebab nak update blog ni.. :)

sejak akhir-akhir ni is dapat rasa is selalu cakap buruk pasal orang.. walhal diri sendiri bukanlah baik sangat... betul lah orang kata.. kalau pasal buruk orang lain sedap je kita nak mengata and nak sebarkan.. cuba kalau kisah buruk kita yang tersebar.. mesti kita tak suka and will be upset kan? jadi for this past 1 week i haven't talk bad about other people yet... alhamdulillah... manage to restrain myself from doing so.. it's not difficult actually.. bila orang cakap pasal benda yang buruk i just run away... if i'm not in position of running, is senyum je or senyap je tanpa beri apa-apa komen.. at least kalau tak tambah pahala berbuat baik pun, at least dapat elakkan dapat dosa from mengata orang...

kalau kita tahu pasal benda buruk yang orang lain buat, kita cuba tegur dia... actually kalau ikut yang sebenarnya we should never give up trying untuk sedarkan that person.. but sometimes orang zaman sekarang, pantang ditegur.. nanti masam muka and stop being friends with us... kalau dah sampai jadi macam tu nak buat macam mana... kita redha je la... like one of my friend said 'biarlah.. kalau diorang sedar, diorang tu orang islam then diorang tahulah apa yang diorang buat tu salah..' My point is..dari kita bad talks about them, baik kita tegur dia..

so.. jom kita stop talking bad about others.. especially nak PRU ni... yang ni tuding jari kat sana.. yang sana tuding jari kat sini... i don't understand why...in the end gaduh... mengikut fahaman is, bukan macam tu caranya berkempen yang sihat.. kenapa nak cari salah orang?? kan lebih elok jika tonjolkan kebaikan dan kelebihan parti yang kita sokong... regardless what party sekalipun...
anyway, kawan-kawan blogger daftar mengundi ke??? is ni first time nak mengundi... syukur dapat cuti sehari balik kampung mengundi... :)


notakaki: “Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (HR Ahmad)


January 14, 2013

the three words

i miss you,
you might be bored with me saying this to you every time and in every way.
but just listen to it and please do understand that i really meant this for you. none others..
it's you, your passions, your calm..
sometimes, i woke up at night and tears running down my cheeks and that's when i realized that i really miss you..

i need you,
i really do.. in every seconds and in every breath..
i need you to share my happiness
i need you to share my tears..
i need you now and then, today, tomorrow and forever..

i want you,
it was just the other three words i want to say
i want you to be the one i see when i wake up from sleep every morning
i want you to be forever mine and i'll be forever yours

i love you,
these words were made especially for you
although time has flies by, but i still feel the same as the first time we've met
falling head over heels on you over and over again..
these are the words that i'll never forget to say to you
cause it comes from the deepest part of my heart..


footnote: O.o missing someone after finished typing this post.. huhu

January 01, 2013

Duniaku...

bila dah kerja ni rindu sangat zaman belajar.. dulu tak perlu nak fikir apa-apa.. just belajar je.. tiap kali new sem duit jpa masuk enjoy.. bila dah kerja ni rasa menyesal pula sebab masa belajar dulu tak enjoy betul-betul.. hehehe..
hari ni is post call.. maksudnya hari selepas oncall.. dah takdir kena kerja malam new year.. tapi malam tadi tak ramai baby yang delivered.. orang sambut new year pergi tengok bunga api.. is sambut baby je malam new year.. hehehe.. tapi is suka.. watching those babies.. they are so cute... 
kadang-kadang tak sabar nak ada baby sendiri... kalau tak baby dalam rahim sendiri pun nak baby orang lain.. maksud is, is nak ambil anak angkat... insyaAllah.. kalau is tak kawin lagi by end of this year, is nak ambil anak angkat.. nak bela yang dari baby... agak-agak family is setuju tak??


notakaki: langit tak selalunya cerah.. kadang kali bumi terpaksa di basahi hujan... itulah gunanya pelangi mewarnai kehidupan.. 


December 25, 2012

Kata Orang...

assalamualaikum and salam sejahtera semua... is rindu blog ni.. is baru masuk posting OnG (Obstetric and Gynaecology).. so far boleh la tahan daripada ortho yang membosankan.. huhu.. untuk orang lelaki mungkin suka la agaknya posting ortho.. is memang tak minat langsung.. memang bersyukur sangat dah habis ortho..
is sejak akhir-akhir ni selalu stress.. banyak sangat dalam otak ni... is macam kena cari rumah or bilik lain.. is macam kena pindah dari bilik yang is duduk sekarang ni.. is tak boleh duduk kat rumah ni.. nanti otak is jadi serabut sebab fikir macam-macam... mungkin is patut jumpa akak tempat asrama is tinggal ni.. ada tak bilik kosong elsewhere..
untuk elak dari fikir yang bukan-bukan is kena keluar dari masalah tu.. tak semua masalah kita dapat selesaikan.. sometimes the best way is to let it heal by time... sometimes kena jauhkan diri dari punca yang buat otak is jadi serabut..


notakaki: aku pun bukan insan yang sempurna... aku juga khilaf dalam percaturan hidupku.. jadi mungkin lebih baik aku yang mengundur diri.. itu yang terbaik kan.. diam itu bukan tanda kalah.. tapi kadangkala itu yang terbaik